Drama Restu iQIYI

Drama iQIYI Original bertajuk Restu bakal diarahkan oleh Heykal Hanifah dan membariskan pelakon seperti Remy Ishak, Wanna Ali, Siti Elizad, Elizabeth Tan dan ramai lagi. Akan ditayangkan di platform iQIYI pada 2024.

Drama Restu

Episod: 10

Tarikh Tayangan: 2024

Waktu Siaran: Jumaat - Sabtu, 9 malam

Pengarah: Heykal Hanifah

Produksi: Infinitus Entertainment Malaysia Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Restu 

Remy Ishak sebagai Razak

Wanna Ali sebagai Aini

Puteri Rafasya sebagai Amy

Siti Elizad sebagai Sara

Elizabeth Tan sebagai Melanie

Ahirine Ahirudin sebagai Janna

Yusuf Bahrin sebagai Atiq

Junji Delfino sebagai Datuk Maria

Ezzaty Abdullah sebagai Julia

Adlin Aman Ramlee sebagai Tajul

Muntazar Ghufran sebagai Kimi

Danish Hazriq sebagai Danish

Dian P Ramlee sebagai Maryam


Sinopsis Drama Restu

Drama Restu mengisahkan sosok bernama Razak, 37 tahun, yang merupakan seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat pengiklanan. Razak  kehilangan isterinya, Julia dalam satu kemalangan jalanraya dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Amy, yang berusia 13 tahun. Sebagai seorang ayah tunggal, bukanlah sesuatu yang mudah untuk Razak menjaga, mendidik, dan membesarkan Amy. Ibu mertua Razak, Datuk Maria pula sering mempertikaikan kewibawaan Razak menjaga Amy dan juga berhajat untuk mendapatkan hak penjagaan Amy.

Ketika berhadapan dengan pelbagai masalah membesarkan Amy, Razak mula memikirkan inilah masa yang sesuai untuk dia mencari jodoh kerana Amy juga memerlukan seorang yang bergelar ibu. Amy bertegas bahawa wanita pilihan Razak mestilah mendapat restu daripadanya.

Razak kemudian dikejutkan dengan kemunculan sahabat arwah isterinya, Julia yang bernama Aini. Dari awal lagi, Aini memang mempunyai niat dan rancangan untuk berkahwin dengan Razak. Calon untuk menjadi isteri Razak dilengkapkan dengan kehadiran seorang influencer bernama Melanie yang terlibat dalam beberapa projek kerja dengan Razak.

Aini mempunyai hasrat untuk mendekati and memenangi hati Razak namun pada masa yang sama, Sara, long time work bestie Razak juga muncul juga dalam kehidupan Razak. Tambahan pula, Amy juga tidak senang dengan kehadiran Aini dalam hidup Razak. Di sebalik kekalutan ini, dapatkah Razak menemukan wanita yang tepat dan sesuai untuk menjadi seorang ibu kepada Amy dan menjadi suri hatinya selepas Aini? Dapatkah bakal isterinya menempuhi dugaan hidup berumahtangga?


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Drama Restu iQIYIDrama iQIYI Original bertajuk Restu bakal diarahkan oleh Heykal Hanifah dan membariskan pelakon seperti Remy Ishak, Wanna Ali, Siti Elizad, … Read More...

0 Response to "Drama Restu iQIYI"

Catat Ulasan