Filem Cycle Uzair Cycle

Filem Cycle Uzair Cycle diinspirasikan dari kisah seorang yang istimewa dalam menggapai impian untuk menjadi 'Youngest Super Randonneur MYS 2020 di dalam Malaysia Book Of Records. Saksikan ‘Cycle Uzair Cycle’ bermula 11 Oktober 2023 ini di Tonton.


Filem Cycle Uzair Cycle

Tarikh Tayangan: 11 Oktober 2023

Pengarah: Zuli Ismail

Produksi: Qaisworks Production


Watak Pelakon Filem Cycle Uzair Cycle

Al Rayyan Ho sebagai Uzair

Nadia Aqilah sebagai Hanim

Fikhree Bakar sebagai Syauqi

Aresya Rania sebagai Athirah

Syed Muhammad Baqir sebagai Uwais

Syed Ali Murthada sebagai Harith


Sinopsis Filem Cycle Uzair Cycle

Filem Cycle Uzair Cycle merupakan inspirasi daripada kisah benar. Hanim (Nadia Aqilah) dan Syauqi (Fikhree Bakar) berkahwin pada usia muda ketika di tahun akhir Universiti. Mereka dikurniakan 4 orang anak iaitu Harith (Syed Ali Murthada), Athirah (Aresya Rania), Uzair (Al Rayyan Ho) dan Uwais (Syed Muhammad Baqir). Sepanjang anak-anak mereka membesar, Hanim mula mengesyaki sesuatu yang beza pada Uzair. Tumbesarannya berbeza, Uzair tidak bercakap dan lemah dalam penguasaan kosa kata, suka mengamuk, tidak menunjukkan minat pada alatan permainan, tidur lewat dan sentiasa bertenaga. Doktor mengesahkan Uzair positif autistik ketika berusia 3 tahun. Bermulalah kehidupan mereka sekeluarga diselubungi cabaran fizikal, kewangan, emosi dan rohani.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Filem Cycle Uzair CycleFilem Cycle Uzair Cycle diinspirasikan dari kisah seorang yang istimewa dalam menggapai impian untuk menjadi 'Youngest Super Randonneur MYS … Read More...

0 Response to "Filem Cycle Uzair Cycle"

Catat Ulasan