Telefilem Mingki TV3

Telefilem 'Mingki' lakonan Fauziah Nawi, Zamarul Hisham dan Farahdhiya pada Sabtu ini, 7 Disember pukul 9:30 malam di TV3.

Telefilem Mingki TV3

WAKTU SIARAN : Sabtu, 7 Disember 2019, 9:30 malam

SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3

PENGARAH :  Fairuz Loy

PRODUKSI : Skyline Pictures 

PELAKON : Fauziah Nawi, Zamarul Hisham, Farahdhiya, Ameerul Asyraf, Fahrin Ahmad 


SINOPSIS MINGKI 

Telefilem Mingki TV3 menceritakan Nek Mah tinggal sendirian di kampung bertemankan kucing kesayangannya Mingki selepas anaknya, Maznah berkahwin dengan Rahman. Sikap Maznah semakin berubah sejak berkahwin. Jirannya, Mak Teh sering menjenguk dan bertanya khabar Nek Mah. Segala masalah Nek Mah akan ceritakan kepada Mingki dan Mak Teh.

Suatu hari Nek sedih apabila Mingki mati selepas dia selesai solat subuh. Sejak itu Nek Mah murung seperti dia kehilangan anaknya dulu. Rahman rasa kasihan melihat keadaan Nek Mah, lalu menghadiahkan seekor kucing baharu kepada Nek Mah dan Nek Mah memberikan nama Mingki juga kepada kucing baharunya. Namun anaknya, Maznah kurang senang dengan apa yang Rahman lakukan kerana duit pampasan Rahman tidak begitu banyak dan padanya tidak perlu untuk membeli benda yang tidak berfaedah.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Telefilem Mingki TV3Telefilem 'Mingki' lakonan Fauziah Nawi, Zamarul Hisham dan Farahdhiya pada Sabtu ini, 7 Disember pukul 9:30 malam di TV3.Telefilem Mingki T… Read More...

0 Response to "Telefilem Mingki TV3"

Catat Ulasan