Drama Astro Mystic Village

Siri Astro Originals baharu arahan Faizul Jais bertajuk Mystic Village sebanyak 10 episod di Astro Premier saluran 410 yang telah ditayangkan bermula 30 Oktober 2023 setiap Isnin pada pukul 9 malam.

Drama Mystic Village

Episod: 10

Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2023

Waktu Siaran: Isnin, 9 malam

Rangkaian: Astro Premier saluran 410

Penulis Skrip: Honey Ahmad, Bernice Low

Pengarah: Faizul Jais

Produksi: Astro Shaw & Parallax Pictures


Watak Pelakon Drama Astro Mystic Village

Gambit Saifullah sebagai Yunus Ismail

Kamal Adli sebagai Zakaria Saad

Yuna Rahim sebagai Zuleikha Amin

Hafizuddin Fadzil sebagai Ismail Kamaruddin

Fazlina Ahmad Daud sebagai Solehah Syawal

Neera Azizi sebagai Mona

Anas Ridzuan sebagai Abang Long

Mubarak Majid sebagai Pak Saad


Sinopsis Drama Astro Mystic Village

Drama Astro Mystic Village merupakan sebuah drama siasatan sarat dengan elemen supernatural yang mengikuti Yunus, seorang penyiasat insurans yang menjadi ustaz selebriti apabila dia memenangi naib juara siri realiti Imam Bistari. Setelah dikecam netizen dan dia pulang ke kampung, mindanya yang sentiasa ingin tahu tidak boleh duduk diam.

Tengok-tengok penghulu dan orang kaya kampung, Pak Saad dijumpai mati dihempap khemah qurban. Maka kecohlah sekampung dengan teori yang Hantu Raya telah makan Tuannya i.e. penyebab kematian Pak Saad. Yunus yang yakin ini semua spekulasi karut terjebak dalam menyiasat apa yang sebenarnya berlaku. 

Apabila dia mendedahkan kematian itu sebagai pembunuhan dan bukan kemalangan, Yunus mula mendapat reputasi sebagai selebriti yang boleh membongkarkan misteri. Bukan sahaja seorang Imam-fluencer… tapi Imam P.I. (lagi satu gelaran yang Yunus tak tahu samada dia mahu atau tidak).

Sambil dia melayan krisis identitinya, Yunus juga perlu mencari cara untuk mesra kembali dengan ayahnya yang tidak memahami hidupnya, persahabatan baru dengan seorang pemilik gerai bermulut laser dan penghulu baru Kampung Sg. Gelik Kiri yang ingin menaikkan nama kampung dengan menggunakan selebritinya. Penghulu baru ini bercita-cita tinggi dan juga ingin mencari jodoh untuk anak teruna arwah kawan baiknya. 

Bolehkah Yunus membongkar misteri di sebalik semua kejadian-kejadian pelik di Kg. Sungai Gelik yang semakin lama makin berkait dengan ‘pembunuhan’ Pak Saad? 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Astro Mystic Village"

Catat Ulasan