Isnin, 20 November 2023

Drama Terlanjur Cinta Viu

Drama Terlanjur Cinta yang menggandingkan pelakon Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Khir Rahman, Umie Aida dan ramai lagi. Drama terbitan Rumah Karya Cinta diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan skrip oleh Eirma Fatima. Dijangka akan ditayangkan pada bulan Ramadan tahun hadapan.

Drama Terlanjur Cinta

Tarikh Tayangan di Viu: 2024

Penulis Skrip: Erma Fatima

Pengarah: Izuan Mokhtar

Produksi: Rumah Karya Cinta


Watak Pelakon Drama Terlanjur Cinta 

Puteri Balqis Ashikin sebagai Aisyah

Syafiq Kyle sebagai Amir

Syafie Naswip sebagai Salleh

Syafi Tee

Khir Rahman

Umie Aida

Taqim Zaki

Anne Abdullah

Sharifah Sakinah

Eldania Zahra


Sinopsis Drama Terlanjur Cinta

Drama Terlanjur Cinta bercerita tentang seorang penagih dadah bernama Salleh, dari penjara dan menyelamatkan keluarganya dari belenggu kemiskinan, Aisyah menerima lamaran seorang duda tua, Pak Majid. 

Ini menyebabkan Aisyah mengenepikan percintaan beliau dengan rakannya, Amir. Walaupun berbeza umur, sikap Pak Majid yang berbudi bahasa dan menawan menyebabkan Aisyah jatuh cinta padanya.

Walaubagaimanapun, harapan Aisyah untuk bahagia berkecai apabila Pak Majid kembali daripada kerja luarnya bersama isteri kedua. Kini, Aisyah perlu berjuang untuk mengekalkan kehidupan baharunya.

Sementara itu, Amir yang menunggu Aisyah mempersoalkan dirinya, samada beliau masih berpeluang memberikan kebahagiaan kepada Aisyah.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Drama Terlanjur Cinta Viu

0 komentar:

Catat Ulasan