Filem Hang Nak P Mana?

Filem komedi bertajuk Hang Nak P Mana arahan Asri Baq'u ditayangkan melalui saluran Astro First saluran 480 bermula 9 November 2023.


Filem Hang Nak P Mana?

Tarikh Tayangan: 9 November 2023

Rangkaian: Astro First saluran 480

Penulis Skrip: Sophilea

Pengarah: Asri Baq U

Produksi: QS Creative Sdn Bhd

Pelakon: Joey Daud, Hairi Safwan, Idlan PonPon, Wafariena,  Rahim Jailani


Sinopsis Filem Hang Nak P Mana

Filem Hang Nak P Mana menceritakan  misi Joey dan Hairi ditemani Idlan dalam mencari bapa saudara mereka, Pak Su Rahmat (Rahim Jailani) bagi menyelesaikan isu tanah pusaka. 

Persengketaan orang tua mereka berkaitan harta pusaka juga telah menyebabkan hubungan persaudaraan mereka terpisah sejak dari kecil. Masing-masing mempunyai impian untuk menjadi kaya hasil dari penjualan tanah pusaka tersebut. 


Hanya Pak Su Rahmat, iaitu waris tunggal yang dapat merealisasikan impian dan cita-cita mereka.


Pelbagai suka dan duka ditempuhi mereka bertiga sepanjang misi pencarian Pak Su mereka. Dari rumah penduduk kampung yang berhantu ke kubur yang dipercayai kepunyaan Pak Su akhirnya ke Thailand bertemu Pak Su yang sebenar.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Filem Hang Nak P Mana?"

Catat Ulasan