Filem Impak Maksima Underground

Filem perlumbaan kereta drift yang penuh aksi dan emosi bertajuk Impak Maksima Underground ditayangkan secara eksklusif di Tonton mulai 15 November 2023.

Impak Maksima Underground

Tarikh Tayangan: 15 November 2023

Pengarah: Raja Mukhriz

Produksi: Excellent Pictures Sdn Bhd


Watak Pelakon Filem Impak Maksima Underground

Syafi Tee sebagai Rudy

Ismail Izzani sebagai Arie

Nia Atasha sebagai Aida

Juzzthin sebagai Idlan

Cat Farish 

Zul Huzaimy 

Ucop


Sinopsis Filem Impak Maksima Underground

Filem Impak Maksima Underground mengisahkan perjalanan seorang pemuda iaitu Rudy (Syafi Tee) yang amat meminati sukan permotoran jenis drift. Cita-citanya adalah untuk menjadi seorang drifter profesional. Dia tekad untuk merealisasikan impian ini sehingga sanggup bermula dari bawah sebagai pembantu am kepada Abang Moe di Aylezo Speedzone & Speedway, sebuah trek Go Kart dan akademi sukan permotoran.

Rudy juga bijak mengambil peluang. Selain melaksanakan tanggungjawabnya untuk menguruskan premis tersebut, Rudy juga sering memberi tumpuan kepada kelas drift yang dijalankan oleh drifter profesional yang mesra disapa sebagai Abang Johan.

Pelbagai cabaran menanti Rudy dalam perjalanannya untuk menggapai impian. Dia juga mengetahui kewujudan pertubuhan lumba kereta rahsia yang dinamakan Impak Maksima Underground. Wang dan kekayaan tidak menjamin undangan ke perlumbaan kereta anjuran pertubuhan ini. Sebaliknya, kredibiliti pemandu menjadi keutamaan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Filem Impak Maksima Underground"

Catat Ulasan