Drama Astro Hikayat Pak Belalang

Drama siri terbaru terbitan Zeel Production, Hikayat Pak Belalang yang diinspirasi dari kisah rakyat terkenal Nujum Pak Belalang akan disiarkan mulai 11 Disember 2023 menerusi Astro Ceria pada jam 9 malam. Menampilkan Bintang Paling Popular ABPBH35, Bell Ngasri, adik Haziq Asyraf, Dato' Jalaluddin Hassan, Ruhainies, Amy Mastura dan ramai lagi. 


Hikayat Pak Belalang

Tarikh Tayangan: 11 Disember 2023

Waktu Siaran: Isnin, 9:00 malam

Rangkaian: Astro Ceria / Astro GO

Penulis Skrip: Irwan Mansor, Marr Mohamad, Baizura Kahar, Nurul Hazrina Mazlan

Pengarah: Razif Ajiboy

Produksi: Zeel Production Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Astro Hikayat Pak Belalang

Bell Ngasri sebagai Pak Belalang

Haziq Asyraf sebagai Belalang

Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Sultan

Amy Mastura sebagai Permaisuri

Ruhainies sebagai Tuan Puteri

Jabir Meftah sebagai Jantan

Sherry Ibrahim sebagai Mak Belalang

Usop Wilcha sebagai Sultan

Fadhli Masoot

Yassin Senario

Mikael Noah


Sinopsis Drama Hikayat Pak Belalang

Drama Hikayat Pak Belalang yang mengisahkan Belalang dan ayahnya, Pak Belalang yang berhadapan dengan pelbagai masalah apabila Pak Belalang menyamar menjadi seorang nujum.

Belalang, yang merupakan seorang budak lelaki yang mempunyai kebolehan bercakap dengan serangga belalang, bertanggungjawab menyara keluarga dek ayahnya, Pak Belalang yang malas bekerja sejak kematian ibunya. 

Belalang mendapat idea untuk mengubah perangai Pak Belalang apabila dia tak  sengaja terjumpa binatang belaan orang kampung yang dicuri. Belalang mencadangkan Pak Belalang untuk menyamar sebagai nujum.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Astro Hikayat Pak Belalang"

Catat Ulasan