Drama Gamers Mangkuk

Drama Siri premium e-sukan Astro Originals, Gamers Mangkuk terbitan Astro Shaw dengan kerjasama MOONTON Games bakal ditayangkan pada 1 Disember, setiap Jumaat, 9 malam, menerusi Astro Premiere (Saluran 410) atau menyaksikan secara awal bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO. Gamers Mangkuk’ ditaja oleh MOONTON Games, Mobile Legends: Bang Bang dan Mobile Legends: Bang Bang Professional League.

Gamers Mangkuk

Episod: 8

Tarikh Tayangan: 1 Disember 2023

Waktu Siaran: Jumaat, 9 malam

Rangkaian: Astro Premiere / Astro GO

Skrip: Sham Hashim, Bainun Waheeda, Haris M. Nor

Pengarah: Hyrul Anuar

Produksi: Astro Shaw & Moonton Games


Watak Pelakon Drama Gamers Mangkuk

Amir Ahnaf sebagai Napi

Taufik Izmir sebagai Napi

Nick Davis sebagai Lee

Sara Mack Lubis sebagai Maya

Sathisvaran sebagai Theeban

Amelia Christie sebagai Vie

Josiah Hogan sebagai Slayer

Nadia Brian sebagai Aleya

Taqim Zaki sebagai Abang Long

Khatijah Tan sebagai Hajah Munah

Louisa Chong sebagai June

Puteri Qaseh sebagai Madness


Sinopsis Drama Gamers Mangkuk

Drama Gamers Mangkuk menceritakan tetang lima anak muda terdiri daripada Tam, Napi, Lee, Maya dan Theeban yang berjuang untuk melepasi pertarungan e-sukan terkemuka Mobile Legends: Bang Bang, dengan mendapat tajaan dari Mangkuk Hajah Munah. Setelah diperkenalkan dengan nama Gamers Mangkuk, lima anak muda ini berjaya menerima jemputan daripada Slayer, pemain e-sukan dan streamer handalan Malaysia untuk bertarung di dalam sebuah pertandingan besar dan dijanjikan habuan hebat untuk menyertai Team Perang, kumpulan pemain-pemain e-sukan profesional dan Juara e-sukan Kebangsaan.

Setelah Gamers Mangkuk berhempas pulas, ternyata pertarungan yang dijanjikan adalah tipu helah semata-mata serta dirancang oleh pihak penganjur untuk mendapat perhatian masyarakat dan penaja. Manakala juara pertandingan juga telahpun ditetapkan terlebih awal sebelum penglibatan Gamers Mangkuk. Akibat terkilan dengan keputusan pihak penganjur, Gamers Mangkuk mencabar Team Perang untuk pertempuran satu-lawan-satu dan perlu disiarkan secara langsung di khalayak umum. Mampukah Gamers Mangkuk menawan Team Perang untuk dinobatkan sebagai kumpulan e-sukan baharu?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Gamers Mangkuk"

Catat Ulasan