Drama yang adaptasi dari novel Hati Tercarik Luka karya Aida Asmida akan tayang di slot Samarinda TV3. Drama terbitan Creative Skill Solution dibawah arahan Emi Suffian dan skrip oleh Nieza Nahar. Mengandingkan Zara Zya, Syarul Ezani dan Ryun sebagai pelakon utama.
Saksikan Hati Tercarik Luka disiarkan bermula 20 Disember 2023, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam di TV3 dan juga strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.
Hati Tercarik Luka
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 20 Disember 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd
Watak Pelakon
Zara Zya sebagai Eyda Amanda
Syarul Ezani sebagai Dani Zairie
Ryun sebagai Maya Maria
Fizo Omar sebagai Rykal
Mia Nasir sebagai Anies
Jasmin Hamid sebagai Puan Safina
Aleza Shadan sebagai Hajah Ummi
Haeriyanto Hassan
Halim Radzi
Sinopsis Hati Tercarik Luka
Drama Hati Tercarik Luka menceritakan pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, akhirnya mahligai bahagia terbina jua. Eyda Amanda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani Zairie akan kekal abadi selagi hayatnya. Namun sayang, cinta sucinya dikhianati. Badai melanda lantaran kehadiran orang ketiga.
Dani Zairie tidak pernah berubah. Jejaka macho dengan trademark playboy ini mudah hanyut dalam pujuk rayu perempuan-perempuan yang menggilainya. Sehingga akhirnya, Eyda Amanda terpaksa mempertaruhkan nyawa hidup di sisi Dani Zairie. Lantaran amalan ilmu hitam, perempuan sihir yang terlalu obses untuk memiliki Dani Zairie separuh nyawa.
“Ingat Eyda! Sekali kau melangkah pergi. Akan aku pastikan kau kembali melutut ke pangkuanku lagi! Aku bersumpah tujuh keturunan kau tak akan hidup senang!” – Dani Zairie
“Demi ALLAH! Dunia akhirat aku akan menunggu setiap detik dan waktu saat pembalasan dan pengadilan ALLAH terhadap kau, Dani. Biarpun aku tidak mampu membalas dengan kudratku atas segala kekejaman dan kezaliman kau. Namun, aku pasrah dan berserah serta yakin bahawa suatu saat dan ketika, pasti balasan ALLAH akan kau terima di dunia atau di akhirat nanti!” – Eyda Amanda
“Hei perempuan! Kau dengar sini baik-baik! Kau menangis air mata darah sekalipun, kau takkan dapat balik laki kau! Ha! Ha! Ha!” – Maya Maria
Pengorbanan cinta Eyda Amanda hanya sia-sia. Percintaan yang tiada penghujungnya. Lantaran perbuatan durjana syaitan bertopengkan manusia. Permainan cinta dan kecurangan Dani Zairie akhirnya mencetuskan derita dan sengsara buat Eyda Amanda.
Di mana noktah kehidupan yang harus Eyda Amanda tempuhi? Mampukah Eyda Amanda mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Dani Zairie? Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta mereka?
0 Response to "Drama Hati Tercarik Luka TV3"
Catat Ulasan