Drama RTM Cempaka Melati TV2 - senarai drama adaptasi novel

Drama RTM Cempaka Melati TV2

Drama yang diadaptasi dari novel 'Cempaka Melati' karya Zahida Zarkasi disiarkan setiap Isnin dan Selasa mulai 12 Disember 2023 pukul 8:00 malam ini di TV2 atau strim melalui RTMKlik.

Drama Cempaka Melati

Episod: 26

Tarikh Tayangan: 12 Disember 2023

Waktu Siaran: Isnin & Selasa, 8:00 malam

Rangkaian: TV2 / RTMKlik

Penulis Novel: Zahida Zarkasi

Penulis Skrip: Sofia J Rhyland

Pengarah: Amirul Fadhli

Produksi: Nusantara Seni Karya


Watak Pelakon Drama Cempaka Melati

Sharifah Husna sebagai Melati

Azrel Ismail sebagai Zhariff

Syafie Naswip sebagai Addin

Eizlan Yusof 

Zarynn Min 

Dian P Ramlee

Kuza Muzani

Jasmin Hamid

Kay Maria

Fathil Dani


Sinopsis Drama Cempaka Melati

Drama Cempaka Melati merupakan drama yg menceritakan Cempaka Melati bekerja di sebuah tempat peranginan dan sejak kebelakangan ini sering mengalami kejadian misteri seperti namanya dipanggil, ternampak kelibat rakan sekerjanya secara misteri serta mimpi-mimpi aneh. Bukan sahaja itu, kini bekas teman lelakinya, Addin muncul bersama isterinya, Hana di tempat peranginan itu untuk berbulan madu. Namun Melati mengelakkan diri kerana dia enggan mengingati memori bersama lelaki itu.


Melati banyak menerima hadiah daripada pengirim misteri. Pada masa yang sama, Addin cuba untuk mendekati Melati. Walaupun sudah beristeri, Addin masih menaruh harapan terhadap Melati. Rupa-rupanya Addin tidak tahu sebab sebenar Mel putus dengan dia dulu. Dalam pada itu, gerak-geri Melati diperhatikan oleh seorang jejaka kacak bernama Zhariff.


Kehadiran Zhariff mula menarik perhatian Melati. Yang peliknya, tiada seorang pun kawan-kawan Melati yang pernah nampak jejaka tersebut. Hana pula mula syak Addin ada sesuatu dengan Melati.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama RTM Cempaka Melati TV2"

Catat Ulasan