Drama Two Worlds Viu Malaysia

W: Two Worlds, sebuah karya adaptasi daripada drama bersiri popular Korea diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim.

Siri drama romantik, fantasi dan thriller ini akan ditayangkan pada 30 November 2023 dengan dua episod baharu pada setiap hari Khamis, menampilkan barisan bintang terkenal seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Tony Eusoff dan Shahkimin.

Penonton boleh menonton W: Two Worlds di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery serta di laman web www.viu.com.

W: Two Worlds

Tarikh Tayangan di Viu: 30 November 2023

Penulis Skrip: Fairul Nizam Ablah, Mamu Vies, Bainun  Waheeda, Baizura Kahar, Hadi M. Nor

Pengarah: Datuk Yusry Abd Halim

Produksi: Independent Pictures


Watak Pelakon Drama Two Worlds

Hun Haqeem sebagai Aliff

Daiyan Trisha sebagai Izara

Faizal Hussein sebagai Omar Yusuf

Mierul Aiman sebagai Ghazi

Elizabeth Tan sebagai Hanna

Tony Eusoff sebagai Musa

Shah Kimin sebagai Rafi

Amerul Affendi sebagai Shawn

Azrul Zaidi sebagai Dr Zul

Ahmad Idham sebagai Ayah Alif

Maria Farida sebagai Ibu Aliff

Alyssa Dezek sebagai Adik Aliff

Juzzthin sebagai Pelayan Restoran


Lagu Tema (OST)

Tajuk: Relung Waktu

Penyanyi: Farique Nadzir

Komposer: Farique Nadzir

Lirik: Adah Kahir

Sinopsis W Two Worlds

Drama W Two Worlds merupakan kisah tentang Izara, seorang doktor muda dan bapanya Omar, yang merupakan pelukis siri webtoon popular, W. Apabila Omar hilang tanpa jejak, pencarian Izara membawa dirinya ke dunia webtoon, di mana dia menyelamatkan nyawa watak utama webtoon tersebut iaitu Aliff.

Dengan berbuat demikian, Izara mendapati dirinya ditulis ke dalam cerita, apabila webtoon itu seakan hidup dan mula berfungsi sebagai realiti yang berbeza. Aliff sedang memburu lelaki yang membunuh keluarganya sepuluh tahun lalu.

Dia sedar bahawa nasib Izara dan dirinya saling berkait, tapa menyedari bahawa dirinva adalah watak dalam sebuah webtoon. Apabila dua dunia bertembung, pelbagai situasi yang tidak dijangka timbul yang membawa kepada konflik dan kisah percintaan.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Two Worlds Viu Malaysia"

Catat Ulasan