Filem Dalang arahan Nik Amir Mustapha mulai 20 Disember di Tonton

Filem Dalang arahan Nik Amir Mustapha mulai 20 Disember di Tonton. Muat turun aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my.

Filem Dalang

Tarikh Tayangan: 20 Disember 2023

Penulis Skrip: Hadi M. Nor

Pengarah: Nik Amir Mustapha

Produksi: Lumatic Films


Watak Pelakon Filem Dalang

Luqman Hafidz sebagai Zain

Liyana Jasmay sebagai Ayu

Aziz M.Osman sebagai Ikhlas

Arash Mohamad sebagai Dato’ Pin

Wan Raja 

Idan Aedan

Yuyun Hikmah

Hilal Azman

Fadhli Masoot

Nesa Idrus

Megat 'Adli

Imuda


Sinopsis Filem Dalang

Filem Dalang menceritakan sosok bernama Zain (Luqman Hafidz) yang merupakan seorang wartawan yang sering membongkar aktiviti jenayah kolar putih dalam laporan beritanya. Satu hari, dia didatangi oleh satu kumpulan bebas yang selalu membantu mangsa penindasan dan salah guna kuasa yang diketuai oleh Ikhlas (Aziz M.Osman). Ikhlas merupakan seorang ahli perniagaan dan pendakwah terkenal di kalangan penduduk setempat. Ikhlas juga menjalankan kegiatan atau operasi rahsia yang diketuai oleh Ayu (Liyana Jasmay).

Pertemuan Zain, Ayu dan Ikhlas bertujuan untuk mendedahkan rahsia seorang tokoh yang dikenali sebagai Dato’ Pin (Arash Mohamad). Di samping menjadi seorang wakil rakyat, Dato’ Pin rupanya ada sisi gelap.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Filem Dalang arahan Nik Amir Mustapha mulai 20 Disember di Tonton"

Catat Ulasan