Syurga Itu Bukan Mudah Drama Astro

Drama 'Syurga Itu Bukan Mudah' terbitan Global Station Sdn Bhd diarahkan oleh Eyra Rahman. Menggandingkan Amir Ahnaf dan Anna Jobling selaku teraju utama.

Syurga Itu Bukan Mudah bakal menghiasi slot MegaDrama mulai 4 Disember setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. 


Drama Syurga Itu Bukan Mudah

Episod: 20

Tarikh Tayangan: 4 Disember 2023

Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Astro Ria / Astro GO

Penulis Skrip: Liza Nur & Chinta Nadeesha

Pengarah: Eyra Rahman

Produksi: Global Station Sdn Bhd


Lagu Tema (OST) 

Tajuk: Boneka Tanpa Hati

Penyanyi: Nadeera

Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito, A.Shah, Aden King

Lirik: Mas Dewangga


Watak Pelakon Drama Syurga itu bukan mudah

Amir Ahnaf sebagai Farid

Anna Jobling sebagai Aileen

Fadhli Masoot sebagai Arman

Alya Iman sebagai Fara

Dynas Mokhtar sebagai Umira

Dian P Ramlee sebagai Aminah

Amir Nafis sebagai Zayn

Bulan Terry sebagai Natalie

Steve Yap sebagai Musthapa Chan

Maliababy sebagai Lily

Ahmad Syafiq sebagai Engku


Sinopsis Drama Syurga Itu Bukan Mudah

Drama Syurga Itu Bukan Mudah tentang sosok Aileen (Anna Jobling), wanita yang mempercayai bahawa cinta dan kesetiaan kepada suami merupakan kunci ke “Syurga”. Dia disatukan dengan Farid (Amir Ahnaf), yang digambarkan sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang disembunyikan disebalik perwatakan yang baik. 

Tingkah laku jahat Farid mengubah kehidupan perkahwinan mereka menjadi seperti “neraka” dan mendatangkan lebih banyak rintangan dan cabaran kepadanya selepas merungkai sisi gelap suaminya yang terlibat dengan sebuah kumpulan yang dipanggil ‘Alpha Male Society’.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Syurga Itu Bukan Mudah Drama Astro"

Catat Ulasan