Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah - senarai drama adaptasi novel

Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah yang terbitan oleh Zeel Production, diinspirasikan daripada novel ‘Aku Cinta Dia’ karya novelis Sharifah Abu Salem bakal disiarkan bermula pada 9 Januari 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran di kaca televisyen.

Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah yang mempunyai 28 episod diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Menampilkan barisan pelakon muda dan lama seperti Rita Nadira, Aniq Suhair, Aidit Noh, Zamarul Hisham, Mas Anizan, Ezany Nizariff, Azza Elite dan ramai lagi.


Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

Episod: 28

Tarikh Tayangan: 9 Januari 2024

Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI

Penulis Skrip: Sharifah Abu Salem

Pengarah: Shuhaimi Zulkefli

Produksi: Zeel Production Sdn Bhd


Lagu OST

Tajuk: Hanya Tuhan Yang Tahu

Artis: Awi Rafael

Komposer & Lirik: Manis Helma / Zuryati Isa


Watak Pelakon Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

Rita Nadira sebagai Dania

Aniq Suhair sebagai Iqbal

Aidit Noh sebagai Qabil

Zamarul Hisham sebagai Safuan

Mas Anizan sebagai Kayra

Ezany Nizariff sebagai Hussin

Azza Elite sebagai Hajah Maryam

Serene Claire sebagai Julia

Nafiez Zaidi sebagai Ustaz Affan

Lydiawati sebagai Hajah Syafiyyah

Zulkifli Ismail sebagai Haji Mukri

Iman Aneesa sebagai Umairah

Natasha Azizan sebagai Sheera

Putri Dellyna sebagai Sofea

Ikhram Juhari sebagai Bakri

Mosen Nadzli sebagai Ustaz Syaqir


Sinopsis Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah menceritakan Dania yang terlanjur dengan teman lelakinya, Qabil dan mendapati dirinya telah mengandung. Dania meminta Qabil bertanggungjawab tetapi Qabil hanya anggap Dania bergurau, dan seterusnya menghilangkan diri. Ayah Dania, Datuk Safuan mahu Dania menggugurkan kandungannya kerana menganggap kehamilan Dania bakal memusnahkan impiannya yang sedang sibuk berkempen jawatan presiden persatuan niaga.

Ibunya, Datin Kay bertindak menyembunyikan Dania di Wadi Safiyyah, pusat perlindungan gadis bermasalah. Tanpa diduga, pusat tersebut dimiliki oleh ibu bapa Qabil. Dania mula mendapat ketenangan di Wadi Safiyyah dan menyerahkan cintanya kepada Allah.

Iqbal pulang ke Wadi Shafiyyah dan menjadi perhatian penghuninya terutama Nora dan Sheera. Adik angkat Iqbal, Ustazah Umairah juga gembira dengan kepulangannya. Umairah memang mencintai Iqbal dan meletakkan harapan selepas tunang Iqbal, Siti Aisyah meninggal dunia.

Haji Mukri menyerahkan tugas mengendalikan Wadi Shafiyyah kepada Iqbal. Di situ, Dania berjumpa dengan Iqbal tanpa mengetahui dia adalah adik kandung kepada Qabil. Iqbal terkejut kerana wajah Dania selepas mengenakan tudung mirip dengan arwah tunangnya. Iqbal mula menumpukan perhatian kepada Dania dan ia menimbulkan ketidakpuasan hati Ustazah Umairah. Beberapa bulan kemudian, Qabil pula muncul di Wadi Safiyyah. Apakah yang bakal terjadi antara Dania, Iqbal dan Qabil?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah"

Catat Ulasan