Drama TV3 Menanti Senja

Drama bersiri baharu 'Menanti Senja' terbitan Anomali Media & Production merupakan idea asal daripada pengarah, Faizal Nadxaman dengan nukilan skrip oleh Shaza Talib. Menggandingkan pelakon seperti Johan As’ari, Trisha Ooi, Faizal Hussein dan Khatijah Tan. Menanti Senja disiarkan mulai 17 Januari 2024, pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di slot Samarida TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Drama Menanti Senja

Episod: 15

Tarikh Tayangan: 17 Januari 2024

Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3 / tonton

Idea Asal: Faizal Nadxaman

Penulis Skrip: Shaza Talib

Pengarah: Faizal Nadxaman

Produksi: Anomali Media & Production


Watak Pelakon Drama Menanti Senja

Johan As'ari sebagai Syukri

Trisha Ooi sebagai Sarah Adina Kamal

Faizal Hussein sebagai Kamal

Khatijah Tan sebagai Mak Milah

Hawra Jamalullail sebagai Suhana

Kodi Rasheed sebagai Zaki

Natasya Mahyan sebagai Fatimah

Sherie Merlis sebagai Khalida

Hazeeq Dean sebagai Taufiq

Syahmie Thsaqeef sebagai Epul


OST Menanti Senja

Sinar Sunyi - Hariz Fayahet

Jaga Dia  - Daniesh Suffian


Sinopsis Drama Menanti Senja

Drama Menanti Senja mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah dan suami diuji apabila isteri dan anaknya dipisahkan daripadanya akibat kesalahan yang tidak dilakukannya.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Syukri (Johan As’ari) mengambil alih tanggungjawab menjaga ibunya, Mak Milah (Khatijah Tan). Syukri membuka sebuah kedai yang menawarkan servis memperbaiki alatan elektrik / elektronik dengan sahabat baiknya, Epul. Walaupun perniagaan mereka hanya kecil-kecilan, namun ia dapat menampung keluarga masing-masing.

Kehidupan sederhana Syukri berubah selepas berkenalan dengan Sarah (Trisha Ooi), anak kepada pemilik syarikat perindustrian kayu. Mereka berkahwin dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Suhana walaupun perkahwinan mereka tidak direstui oleh ayah Sarah, Kamal (Faizal Hussein).

Kamal telah menyuruh Syukri bekerja di kilangnya. Satu hari, Syukri dituduh pecah amanah. Malangnya, Syukri gagal membela diri dan dipenjarakan akibat kesalahan yang tidak dilakukannya. Setelah dibebaskan, Syukri telah bertekad untuk membersihkan namanya demi menambat hati Sarah semula dan mendapatkan hak jagaan anaknya Suhana. Adakah perjuangan cinta seorang suami dan ayah ini berpihak kepadanya?



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Drama Keturunan di slot Samarinda TV3Drama bersiri terbitan Orangetree Production bertajuk 'Keturunan' arahan Azmi Hata akan mengisi slot Samarinda TV3. Drama KeturunanEpis… Read More...
  • Drama Diva SerojaDrama terbaru yang akan ditayangkan di ruang Lestary, Diva Seroja akan bersiaran selama 13 episod bermula 9 Jun 2023, Khamis hingga Sabtu, 9… Read More...
  • Drama Jack YusofAstro Originals yg sinonim menggunakan kualiti premium buat drama bersiri sudah mencetuskan kenyataan tersendiri menggunakan membawakan pelb… Read More...
  • Drama Alter-naratif ViuViu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau, melancarkan Viu Original keduanya bagi tahun 2023, hari ini. Alter-Naratif adalah thril… Read More...
  • Drama Malam ZulaikhaDrama seram \'Malam Zulaikha\' terbitan Tanah Beris Film Production di ruang Samarinda TV3. Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua berdasarka… Read More...

0 Response to "Drama TV3 Menanti Senja"

Catat Ulasan