Filem Banglo Seksyen 12

Filem Banglo Seksyen 12 diinspirasi daripada novel seram karya Hasrudi Jawawi akan ditayangkan di pawagam Malysia mulai 25 Januari 2024.


Banglo Seksyen 12

Genre: Seram

Tarikh Tayangan: 25 Januari 2024

Penulis Novel: Hasrudi Jawawi

Penulis Skrip: Dharma Nasution

Pengarah: Dharma Nasution & Intan Ladyana

Produksi: Prisma Pictures Sdn Bhd


Barisan Pelakon

Intan Ladyana

Mustaqim Bahadon

Hariz Hamdan

Silfeny Osman

Aniq Suhair

Faez Malek

Harris Alif


Sinopsis Banglo Seksyen 12

Mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.

Keadaan menjadi misteri apabila kumpulan paranormal yang datang ke lokasi menemui beberapa mayat tanpa kepala di dalam banglo itu. Mereka menemui seorang remaja (Fahmi) yang terselamat, mukanya berlumuran darah dan sedang ditenangkan oleh seorang wanita (Dr. Saleha) yang memperkenalkan dirinya sebagai pakar psikologi.

Dr Saleha menyatakan bahawa kronologi misteri pembunuhan pada 2006 adalah sama seperti yang berlaku pada malam itu. Dia merupakan doktor yang merawat remaja yang terselamat dari kejadian misteri yang lalu.

Selepas dipujuk oleh Dr Saleha, Fahmi yang masih trauma menceritakan perkara misteri yang berlaku sebelum semua rakannya hilang dan meninggal dunia. Dirinya seakan memasuki dunia lain ketika berada di dalam banglo itu.

Selepas didesak bertubi-tubi oleh ketua kumpulan paranormal untuk menceritakan kisah sebenar, Fahmi memberitahu ada makhluk besar membunuh rakannya di banglo itu. Adakah makhluk itu hanya ilusi atau jelmaan yang dipuja oleh sekumpulan remaja sebelum ini?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Ada Hantu 2 Jangan lupa saksikan Ada Hantu 2, filem bergenre seram komedi yang merupakan arahan Hairul Azreen bakal ditayangkan di pawagam mulai 1… Read More...
  • Filem Cikgu VS Hantu Filem komedi seram yang bertajuk Cikgu VS Hantu yang merupakan arahan Liyana Jasmay bakal ditayangkan di Astro First saluran 480 bermu… Read More...
  • Filem Anak RimauFilem yang berlatarkan sukan bola sepak, Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Films Sdn Bhd akan ditayangkan di pawagam pada 1 September 202… Read More...
  • Filem Kampung Latah The MummyFilem dengan gelagat komedi latah kembali dengan sekuel terbaru, Kampung Latah..The Mummy akan menemui penonton di Astro First, saluran 480 … Read More...
  • Filem Mencuri Raden SalehFilem Mencuri Raden SalehFilem aksi heist terbaik Indonesia tahun ini yang berjudul Mencuri Raden Saleh bakal menemui penonton Malaysia di s… Read More...

0 Response to "Filem Banglo Seksyen 12"

Catat Ulasan