Drama Boleh Saya Bantu - senarai drama adaptasi novel

Drama Boleh Saya Bantu

Drama bersiri Boleh Saya Bantu terbitan Tanah Beris Film Production mulai 2 Februari 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu pukul 9 malam di slot Lestary TV3 atau strim menerusi Tonton.


Drama Boleh Saya Bantu?

Episod: 13

Tarikh Tayangan: 2 Februari 2024

Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3 / Tonton

Penulis Skrip: MF Kencana & Azal Ezreen

Pengarah: Shuhaimi Lua

Produksi: Tanah Beris Film Production


Watak Pelakon Drama Boleh Saya Bantu

Andi Bernadee sebagai Nasar 

Riena Diana sebagai Farida

Mark Adam sebagai Sudin

Nasz Sally sebagai Almya

Wanie Ooi sebagai Haiza

Zaid Erakad sebagai Rashid

Lela Kadir

Kazar

Didie Alias 

Najua P. Ramlee sebagai Zainulisa

Mathni Ab Razak sebagai Datuk Sam

Maria Farida sebagai Miss Ana


Lagu OST Drama Boleh Saya Bantu

Laguu: Eh Mari, Tengok Tu

Penyanyi: Andi Bernadee

Komposer: Iqie Hugh, Aniq Iffat

Lirik: Iqie Hugh, Aniq Iffat


Sinopsis Drama Boleh Saya Bantu

Drama Boleh Saya Bantu menceritakan bernama Nasar baru sahaja diberhentikan kerja. Untuk mencari punca rezeki yang baharu, dia telah menghadiri sebuah temu duga di sebuah hotel 3 bintang. Nasar hadir dengan impian untuk menjadi seorang tukang angkut atau juga dikenali sebagai ‘bellboy’. Namun, nasib tidak menyebelahinya kerana jawatan idamannya itu telah disandang oleh Sudin.

Walau bagaimanapun, Nasar tidak pulang dengan tangan kosong. Farida, pengurus hotel tersebut, telah menawarkan Nasar jawatan sebagai penyambut tetamu hotel. Tawaran yang dibuat oleh Farida itu telah menimbulkan persengketaan antaranya dengan Almya, pegawai sumber kemanusiaan di hotel itu.

Bukan mudah bagi Nasar untuk menyesuaikan diri di tempat baharu. Bukan itu sahaja isu yang dihadapinya. Sebagai seorang yang tidak mempunyai pengalaman, berhadapan dengan pelbagai masalah tetamu hotel amat merunsingkan jejaka ini.

Nasar perlu belajar cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan profesional dan cekap. Namun, mampukah dia melakukannya tanpa menjejaskan kedudukannya di tempat kerjanya itu? Adakah dia akan mendapat bantuan yang sewajarnya atau terkontang-kanting menyelesaikan kemelut di hotel itu seorang diri?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Boleh Saya Bantu"

Catat Ulasan