Filem ‘The Experts’ yang dijangka akan menemui penonton tahun ini di pawagam seluruh tanah air. Filem bertemakan aksi rompakan ini dibarisi pelakon hebat seperti Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray. Diarahkan oleh sutradara filem pecah panggung Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah.
Filem The Experts
Tarikh Tayangan: 2024
Penulis Skrip: Ayam Fared, Abhilash Chand, Mamu Vies, Kyle Goonting, Joel Soh
Pengarah: Andre Chiew & Nazim Shah
Produksi: Astro Shaw Sdn Bhd
Pelakon Filem The Experts
Dato Aaron Aziz
Remy Ishak
Syafiq Kyle
Mimi Lana
Ray
Sinopsis Filem The Experts
Filem The Experts mengisahkan sekumpulan adik - beradik yang mempunyai kepakaran masing - masing dalam kegiatan merompak. Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adik-adiknya untuk memulakan hidup baru. Namun, salah seorang adik mereka merancang untuk mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa Syarif, Khairul, Emma, Amiruddin, Rozland kembali ke dunia yang telah lama ditinggalkan dan merancang rompakan paling terbesar.
0 comments:
Catat Ulasan