Drama TV3 berjudul Lelaki Itu - senarai drama adaptasi novel

Drama TV3 berjudul Lelaki Itu

Drama bersiri bertajuk 'Lelaki Itu' terbitan Rumah Karya Citra hasil karya Eirma Fatima dan diarahkan oleh Along Kamaluddin dan Nur Sharif. Membariskan pelakon ternama seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nur Fazura, Nabila Huda, Aedy Ashraf dan ramai lagi. Lelaki Itu bakal menemui penonton di Slot Samarinda TV3 bermula 19 Mac depan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10 malam.


Lelaki Itu

Episod: 30

Tarikh Tayangan: 19 Mac 2024

Waktu Siaran: Isnin - Jummat, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton

Penulis Skrip: Eirma Fatima

Pengarah: Along Kamaluddin & Nur Sharif

Produksi: Rumah Karya Citra


Watak Pelakon

Adi Putra sebagai Syed Mirza

Sarimah Ibrahim sebagai Sharifah Qaidah

Nur Fazura sebagai Imani

Nabila Huda sebagai Sarina

Aedy Ashraf sebagai Khairullah

Hannah Delisha sebagai Batrisya

Nadia Brian sebagai Sharifah Baiyinah

Sophia AlBarakbah sebagai Sharifah Bahiyah

Fadlan Hazim sebagai Amin

Ameerul Asyraf sebagai Imran


Lagu Tema (OST)

Tajuk: Dulu, Kini & Akhirnya

Penyanyi: Marsha Milan

Komposer & Lirik :  Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K.



Sinopsis Drama Lelaki Itu

Apabila seorang suami tidak dapat menjadi khalifah di rumah sendiri, dia akan menjadi lelaki di luar rumahnya.

Syed Mirza (Datuk Adi Putra) telah berkahwin dengan Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim), seorang wanita kaya yang berpengaruh. Mereka dikurniakan tiga anak perempuan.

Namun, kehidupan rumahtangga mereka tidak seperti yang diidamkan. Sharifah Qaidah berlagak sebagai ketua rumah tangga kerana statusnya yang tinggi dan membuatkan Syed Mirza berasa terkongkong.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama TV3 berjudul Lelaki Itu"

Catat Ulasan