Drama Dua Darjat TV3 Full Episode

Drama bersiri terbitan Tanah Beris Film Production berjudul 'Dua Darjat' disiarkan mulai 12 Jun ini, menerusi slot Akasia TV3 dan strim di Tonton. Drama arahan Shuhaimi Lua ini menampilkan Aniq Durar dan Sharifah Rose selaku teraju utama.


Dua Darjat

Episod: 13

Tarikh Tayangan: 12 Jun 2024

Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton

Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil

Pengarah: Shuhaimi Lua

Produksi: Tanah Beris Film Production


Watak Pelakon 

Aniq Durar sebagai Hanif

Sharifah Rose sebagai Ariana

Iman Suhana sebagai Husna

Yasmin Hani sebagai Lily

Sharifah Zarina sebagai Rafidah

Raja Azmi sebagai Cik Yam

Zarul Umbrella sebagai Zulkifli

Ferth Jasni sebagai Yusof

Adam Shahz sebagai Azman

Zalela Kadir sebagai Kak Marry

Wawa Azuwar sebagai Chumie

Zack Azalizan sebagai Black

Azfar Hassim sebagai Bob


Lagu Tema (OST)

Tajuk: Enigma

Artis: Bob Yusuf

Komposer: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh

Lirik: Ikhwan Fatanna



Sinopsis Dua Darjat

Hanif (Aniq Durar) yang dibesarkan oleh ibunya merupakan seorang pelajar yang bijak pandai dan mempunyai impian untuk menjadi peguam yang berjaya. Walaupun dikenali sebagai seorang lelaki yang dingin, dia dikenali ramai dalam golongan pelajar perempuan.

Ariana (Sharifah Rose) merupakan rakan sekelas Hanif yang berwatakan ceria juga mempunyai perasaan terhadap Hanif. Dia akan menggunakan jawatan sebagai pengawas untuk mendekatkan diri dengan Hanif.



Hubungan mereka semakin rapat apabila Hanif telah selamatkan Ariana daripada ahli kongsi gelap. 

Lily (Yasmin Hani) yang merupakan ibu tiri Ariana telah memberi amaran kepada ibu Hanif, Rafidah (Sharifah Zarina) agar Hanif menjauhkan diri daripaa Ariana.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Dua Darjat TV3 Full Episode"

Catat Ulasan