Drama Kiblat Ke Syurga Full episode

Drama Kiblat Ke Syurga yang merupakan karya di bawah jenama Gempak Original Series akan datang di Astro Ria  mulai 5 Jun ini setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam. Drama arahan Ezrie Gazali ini, dibintangi oleh Azira Shafinaz, Iedil Putra, Syarul Ezani dan Lisa Surihani.

Drama Kiblat Ke Syurga

Episod: 8

Tarikh Tayangan: 5 Jun 2024

Waktu Siaran: Rabu & Khamis, 9:00 malam

Rangkaian: Astro Ria / Astro GO

Skrip: Muzammer Rahman

Pengarah: Ezrie Gazali

Produksi: Le Mediator Studio


Barisan Pelakon Drama Kiblat Ke Syurga

Azira Shafinaz sebagai Nina

Iedil Dzuhri sebagai Fakhri

Syarul Ezani sebagai Ustaz Hadi

Lisa Surihani sebagai Dr Khadijah

Natasha Elyzza sebagai Alia

Shah Kimin

Megat Sharizal

Sean Lee

Raja Azmi

Safuan Rashid

Rasya Sofea Dean


Sinopsis Kiblat Ke Syurga

Tidak semua cinta itu indah isinya. Tapi bagaimana pula dengan cinta yang membawa manusia ke syurga?

Begitulah kisahnya berkaitan perkahwinan Nina dan Fakhri di mana pasangan itu bahagia dengan pandangan liberal mereka. Akan tetapi segalanya berubah apabila Nina mendapat hidayah untuk berhijrah ke arah lebih baik. 

Dalam usaha mendalami agama Islam, Nina mula menghadiri kelas-kelas agama dan bertemu dengan Ustaz Hadi yang mempunyai keperibadian berbeza daripada Fakhri. Ustaz Hadi terkenal dengan ceramahnya berkaitan rumah tangga dan keluarga.

Disebabkan itu, Nina menghadiri ceramah Ustaz Hadi dan meminta nasihatnya dalam usaha menjadi seorang muslim yang lebih baik. Dari situ Nina secara tidak sengaja mempunyai perasaan terhadap Ustaz Hadi dan menyembunyikan status perkahwinannya dari pendakwah itu. 

Dalam pada itu, Ustaz Hadi juga terpalit dengan permasalahan percintaan di mana dirinya tersekat dalam perkahwinan yang diatur bersama seorang wanita yang juga penceramah agama, Dr Khadijah. Akan tetapi, Ustaz Hadi juga dalam diam mempunyai perasaan terhadap Nina. 

Sedar akan rumah tangganya yang sedang bergolak, Fakhri mengambil keputusan untuk mempelajari agama demi isterinya walaupun sukar. Fakhri bagaimanapun secara tidak sengaja meminta nasihat daripada Ustaz Hadi tanpa mengetahui bahawa isterinya juga meminta nasihat daripada orang yang sama. 

Kesemua mereka berada di jalan ke syurga tetapi ia penuh dengan cabaran dan rintangan. Bagaimanakah pengakhirannya?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Kiblat Ke Syurga Full episode"

Catat Ulasan