Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu sinopsis

Drama yang diadaptasi novel Dedaun Hijau Di Angin Lalu karya Manaf Hamzah akan datang di slot MegaDrama Astro Ria. Drama terbitan SR One Sdn Bhd diarahkan oleh Jamal Khan. Menampilkan Harissa Adlynn dan Redza Rosli sebagai pelakon utama.



Saksikan Dedaun Hijau Di Angin Lalu disiarkan pada 1 Julai 2024, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan strim di Astro GO atau Sooka.


Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Episod: 24

Tarikh Tayangan: 1 Julai 2024

Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam 

Rangkaian: Megadrama Astro Ria / Astro GO / Sooka

Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan

Pengarah: Jamal Khan

Produksi: SR One Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Harissa Adlynn Halim sebagai Intan Samad

Redza Rosli sebagai Assad Effendi

Kael Noah sebagai Ismadi

Saidah Kamarudin sebagai Rubiah

Faye Kusairi sebagai Jamaliah / Kak Lia

Razman Mahayuddin sebagai Suratman

Aleza Shadan sebagai Marina

Esma Dainal sebagai Khairuddin

Wanns Ahmad

Idzham Ismail


Lagu Tema (OST) Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Tajuk: Adakah Kau Pasti 

Penyanyi: Keka Nizam 

Komposer: Ippo Hafiz

Lirik: Ippo Hafiz 


Sinopsis Drama Novel Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Intan dibesarkan dalam suasana penuh ranjau di sebuah pulau. Kelahirannya diselubungi tanda tanya. Dia dipandang hina oleh orang kampung kerana dianggap seorang anak luar nikah. Namun Intan sentiasa bersabar dan terus berusaha untuk menjadi seorang yang mempunyai pekerti yang baik.

Assad pula seorang doktor muda yang berasal daripada keluarga berada di tanah besar. Sungguhpun begitu, dia sering berhadapan dengan tipu daya sehingga dia tidak mudah mempercayai ketulusan hati orang lain dan adakalanya dia memilih untuk bersikap sinis, hingga ada yang terluka dan kecewa.

Takdir telah menemukan dua insan yang datang daripada berlainan arah. Malangnya, pertemuan itu dinodai fitnah orang. Intan dan Assad dipaksa bersatu dalam ikatan perkahwinan yang tidak diingini.

Lantaran itu Assad meragui ketulusan isterinya, dia menganggap Intan hanya layak dilayan seperti orang gaji.

Sedangkan Intan yang serba naif tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sebaik mungkin. Begitulah kehidupan mereka suami isteri. Dalam kelam-kabut, musuh Assad pula berusaha memasukkan jarum halusnya.

Dan kehidupan Intan terus dilanda dengan pelbagai rintangan dan bahaya yang mampu menggugat kemampuannya. Dapatkah dia bertahan demi mengecap kebahagiaan yang diimpikan? Atau dia akan rebah jua dan hilang pertimbangan? Berapa lamakah dia sanggup menerima layanan buruk suaminya? Dan selama manakah mampu suaminya membina benteng keegoan diri?


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu sinopsis"

Catat Ulasan