Drama Hai Cinta Dengarkanlah TV3

Drama adaptasi novel 'Hai Cinta, Dengarkanlah' karya Mardihah akan disiarkan di slot Akasia TV3. Drama bersiri 28 episod terbitan A10 Alliance diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Anna Jobling dan Niezam Zaidi.


Drama Hai Cinta Dengarkanlah

Episod: 28

Tarikh Tayangan: September 2024

Waktu Siaran: Isnin - Jumaat,7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton

Pengarah: Eoon Shuhaini

Produksi: A10 Alliance


Watak Pelakon 

Shukri Yahaya sebagai Adib Huzairi

Anna Jobling sebagai Nur Cahaya

Niezam Zaidi sebagai Aizul Hakimi

Rania Amanda sebagai Fifi

Aleza Shadan sebagai Roza

Zulkifli Ismail sebagai Rahim

Nazrief Nazri

Sharifah Shahora

Syuhaida Abraz

Natasya Mahyan

Raden Zaharatul

Halim Radzi


Sinopsis Hai Cinta Dengarkanlah

Drama Hai Cinta Dengarkanlah

"Pen merah, pen biru, I suka you. Sumpah, tak tipu!"

“Kita jumpa lagi kat sini. Garam di laut, asam di gunung bertemu dalam belanga juga. Berjodoh betul. Kan Cahaya, kan?” Adib Huzairi

“Hebat betul taste janda macam kau ni, kan?” Ainil

“Sebab saya jandalah kak, taste saya kena tinggi sikit.” Cahaya

Cahaya ini, benci betul kalau orang memandang rendah kepadanya hanya kerana dia menyandang gelaran janda. Salah ke kalau dia itu janda kerana kematian suami!

Dihimpit dengan desakan keluarga Aizul yang mahu menyatukan mereka berdua, Cahaya jadi rimas. Mujurlah Adib itu selalu jadi penyelamat, selalu jadi hero untuk dia dan Fifi.


“Mama, boleh ke Uncle Adib jadi papa Fifi?" - Fifi

Adib itu akhirnya suka, sayang dan mahukan Cahaya. Tapi dia takut untuk berterus terang dengan emaknya yang terlalu tegas. Roza itu kan anti dengan budak-budak. Fifi nanti mesti akan sepahkan rumah dan nanti rumahnya mesti akan berhabuk. Eeee, Adib nak kahwin dengan janda beranak satu?!

“Baiklah, mak setuju Adib kahwin dengan Cahaya. Tapi dengan satu syarat. Lepas Adib kahwin, Fifi tak boleh selalu ada kat rumah mak. Tak boleh!” Roza

Sukarnya untuk Cahaya dan Adib menyemai kasih andai emak sebegitu dengan Fifi.

“Ya Allah, kau lembutkanlah hati Mak Tok Roza yang keras macam batu itu. Mak tok mesti kena sayang dengan Fifi.” - Fifi

Apakah sebenarnya suratan takdir hidup Cahaya dan Fifi, menumpang kasih seorang lelaki yang sepenuh hati menyayangi mereka. Adakah menjadi janda beranak satu itu merupakan satu kesalahan?



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Hai Cinta Dengarkanlah TV3"

Catat Ulasan