Drama Ke Kodiang With Love

Sinopsis Ke Kodiang With Love

Drama Mini siri terbitan Gempak dengan kerjasama Ribena jenama minuman blackcurrant No.1 di Malaysia, iaitu ‘Ke Kodiang With Love’ telah berjaya mencatat 2.6 juta tontonan untuk empat episod pertama menerusi tayangan di semua platform Gempak. Mini siri bergenre komedi romantik berdurasi 15 minit dengan total 6 episod ini mula ditayangkan pada 5 April lalu. 

Untuk tontonan umum, episod 5 akan ditayangkan pada 19 Julai dan episod 6 pada 26 Julai depan. Saksikan kesemua enam episod ‘Ke Kodiang With Love’ di platform Gempak.


Ke Kodiang With Love

Episod: 6

Genre: Romcom

Tarikh Tayangan: 5 April 2024

Cerita Asal: Sham Hashim

Penulis Skrip: Sham Hashim, Akmal Nahar, Desiree Gasper

Pengarah: Afiza Asram

Produksi: Storyteller Production, Lokalab


Watak Pelakon

Hun Haqeem sebagai Ajip

Qistina Khaled sebagai Naziah

Danish Hazriq sebagai Husni

Aiman Ameer sebagai Johan

Ilya Buang 

Lisdawati

Anas Ridzuan


Sinopsis Ke Kodiang With Love

Mengisahkan tentang Ajip yang bertemu semula dengan Naziah, gadis yang dia minati sejak sekolah lagi, sewaktu pulang dari masjid. Pertemuan itu menjadi titik mula hubungan cinta mereka. Setahun kemudian, Ajip dan Naziah pulang ke kampung untuk meraikan majlis aqiqah adik bongsu Naziah yang baru saja lahir. Ajip sukarela menawarkan diri untuk menjaga kambing aqiqah tetapi malangnya, kambing itu telah hilang! Hj Omar, ayah kepada Naziah, begitu marah dan mahu Ajip cari kambing itu dalam masa 24 jam! Muncul pula Johan, bekas teman lelaki Naziah, yang menawarkan diri untuk membantu mencari kambing tersebut, menyebabkan Ajip bertambah tertekan! Apakah kesudahan cinta Ajip dan Naziah? Adakah cinta mereka itu mendapat restu Hj Omar yang sedang marah?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Ke Kodiang With Love"

Catat Ulasan