Drama Pengantin Pasti Jadi

Drama bersiri Pengantin Pasti Jadi bakal diterbitkan oleh Creative Skill Solution yang diarahkan oleh Ayie Mustafa dan Kyoll Hamzah. Membawakan gandingan baharu Ali Reza dan Asha Merican yang memegang watak utama. Drama Pengantin Pasti Jadi bersiaran mulai 11 Julai 2024, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton melalui www.tonton.com.my. Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Drama Pengantin Pasti Jadi

Episod: 20

Tarikh Tayangan: 11 Julai 2024

Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3 / Tonton

Penulis Skrip: Nieza Nahar

Pengarah: Ayie Mustafa & Kyoll Hamzah

Produksi: Creative Skill Solution


Watak Pelakon Drama Pengantin Pasti Jadi

Ali Reza sebagai Raid Amzan

Asha Merican sebagai Nureen Hasha

Cinta Aiyuni sebagai Zara

Daniesh Suffian sebagai Fikri

Riesha Aslan sebagai Irina

Ungku Hariz sebagai Ben

Faye Kusairi sebagai Puan Sri Izan

Lana Nodin sebagai Seri Hanim

Khaty Azian sebagai Datin Hasnah

Sera Melissa sebagai Nadra

Wawa Azuwar sebagai Ida

Shyrim Husni sebagai Norman

Ana Dahlia sebagai Afida

Fieza Hanafie sebagai Datin Rose

Zizi Hazirah sebagai Secretary  Nureen


Lagu Tema (OST)

Tajuk: Tic Tac Toe 

Penyanyi: Amir Mirza

Lirik: Iqie Hugh

Komposer: Iqie Hugh


Sinopsis Drama Pengantin Pasti Jadi

Drama Pengantin Pasti Jadi merupakan kisah perjalanan hidup Raid Amzan (Ali Reza) dan Nureen (Asha Merican) yang masing-masing ditinggalkan pasangan pada hari pernikahan mereka. Kedua-dua perkahwinan mereka itu diatur oleh ibu mereka iaitu Seri Hanim (Lana Nordin) ibu kepada Nureen manakala Datin Hasnah (Khaty Azian), ibu Raid.

Dek kerana masing-masing terjebak dalam situasi tragedi “Pengantin Tak Jadi” ini, ia menjadi tular. Susulan itu, Raid dan Nureen memutuskan untuk pergi bercuti tanpa dirancang. Mereka bercuti di tempat yang sama dan dalam percutian tersebut, mereka bertemu buat pertama kali. Sejak dari pertemuan pertama mereka telah mula bertengkar, ada sahaja situasi yang tidak menyenangkan berlaku setiap kali mereka bertembung. Namun, tanpa mereka sedari, kemesraan mula berputik sehingga membuatkan mereka ingin mengenali hati budi dengan lebih dekat.

Sekembali ke Kuala Lumpur, Raid menawarkan Nureen menjadi guru peribadi kepada anak buahnya, Tia yang berusia 6 tahun. Hubungan antara mereka bertiga semakin akrab, dan akhirnya cinta antara Raid dan Nureen mula bersemi.


Walaubagaimanapun, keakraban mereka tidak direstui oleh Datin Hasnah dan Seri Hanim yang mencetuskan konflik untuk memisahkan mereka. Berikutan itu, Norman (Shyrim Husni) ayah kepada Nureen melibatkan diri dan membawa Raid dan Nureen untuk dinikahkan di kampungnya. Namun, kekecohan berlanjutan apabila Datin Hasnah serta Seri Hanim mengetahui tentang pernikahan tersebut, sehinggalah Norman campur tangan dan mendapat sebulat suara daripada Datin Hasnah dan Seri Hanim bagi merancang majlis persandingan mereka secara besar-besaran, tetapi konflik terus berlaku.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Pengantin Pasti Jadi"

Catat Ulasan