Drama Perang Nasi Dagang

Drama Perang Nasi Dagang

Drama romantik komedi 'Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu' arahan Issey Fazlisham bermula 19 Julai 2024, setiap Jumaat, 9 malam di Astro Warna atau strim di Astro GO dan Sooka.


Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu

Episod: -

Tarikh Tayangan: 19 Julai 2024

Waktu Siaran: Jumaat, 9 malam

Rangkaian: Astro Warna, Astro GO, Sooka

Idea Asal: Issey Fazlisham

Penulis Skrip: Norsyiella Annuar

Pengarah: Fazlisham Mat Hussin

Produksi: Red Bean Productions Sdn Bhd


Watak Pelakon 

Kimal Mokhtar sebagai Daniel

Adrina Kamaruddin sebagai Sarah

Sabri Yunus sebagai Stopa

Noora Danish sebagai Mek La Chendering

Issey Fazlisham sebagai Jali

Mek Yun sebagai Dong Mei Chua

Waqqari sebagai Jeming Besut

Aswad Jalil sebagai Mat John

Adam Amri sebagai Meri Gigi

Gesya Shandy sebagai Asmaradana

Angeline Tan sebagai Che Yam

Zalif Sidek sebagai Merang

Asrulfaizal sebagai Hanafi

Kodi Rasheed sebagai Grenggo


Sinopsis Perang Nasi Dagang

Drama Perang Nasi Dagang menceritakan Stopa yang sudah bertahun lamanya memperjuangkan Nasi Dagang Kelantan di KL, terancam dengan kehadiran Danial yang membuka kedai Nasi Dagang Terengganu bersebelahan dengan kedainya.


Pembukaan cerita dengan pengenalan kedai ‘Nasi Dagang Sek Kito’ dari kelantan, dimiliki oleh Stopa (Sabri Yunus) otai Kelantan yang sudah bertapak di KL selama 23 tahun, hampir sama usia anaknya Sarah. 


Cerita menjadi semakin menarik ketika kemunculan seorang lelaki 'Ganu' yang digelar Daniel (Kimal), sebagai pelanggan baru mereka dan tidak lama kemudian membuka kedai nasi dagang di betul-betul bersebelahan kedai Stopa, nama kedai diberi ‘Nasi Dagang Sek Kiter.’ 


Ini menciptakan persaingan antara Stopa dari Kelantan dan Daniel dari Terengganu.

Drama Perang Nasi Dagang


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Perang Nasi Dagang"

Catat Ulasan