Drama Satu Hari Nanti

Drama Satu Hari Nanti yang diinspirasi dari novel karya Shera Zulghafar akan datang di iQIYI. Drama terbitan Mache All Star United diarahkan oleh Pali Yahya. Dibintangi oleh Ezaidi Aziz, Eyka Farhana, Bella Astillah, Hasnul Rahmat  dan Fazlina Ahmad Daud.


Drama Satu Hari Nanti

Episod: -

Tarikh Tayangan: September 2024

Rangkaian: iQIYI

Penulis Skrip: Natasya Farhana, Siti Jasmina, Moley Aziz, Shaza Talib

Pengarah: Pali Yahya

Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd


Watak Pelakon  Drama Satu Hari Nanti

Ezaidi Aziz sebagai Noah Lee

Eyka Farhana sebagai Marissa Safiyyah

Bella Astillah sebagai Aulia Jane 

Hasnul Rahmat sebagai Imam Hassan

Fazlina Ahmad Daud sebagai Umi Salama

Erin CTJ sebagai Jiha

Shahidan Izwan sebagai Arman

Nina Kho sebagai Audrey

Taufiq Hanafi

Luqman Hafidz

Jesse Lim


Sinopsis Drama Satu Hari Nanti

Drama Satu Hari Nanti menceritakan Pertemuan tidak sengaja di antara Marisa Safiyah dan Noah Lee Jin Hua menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka. Namun, Noah kecewa apabila mendapat tahu keluarga Safiyyah menjodohkan gadis itu dengan seorang imam muda, Ibrahim.


Walaupun hati Safiyyah sudah terpaut pada pemuda bermata sepet itu, dia tetap taat dengan permintaan ayahnya yang ingin bermenantukan Ibrahim.


Tentangan keluarga dan takdir memisahkan mereka. Noah memilih untuk menerima tawaran kerja di Dubai. Tiga tahun Noah dan Safiyah berpisah. Di Dubai, Noah bertemu Aulia Kristoph. Persahabatan di antara mereka melahirkan rasa cinta di hati Aulia.


Besar harapan Aulia padanya. Besar lagi beban Noah apabila dia kembali bertemu Safiyyah di Mesir. Berdosakah jika dia masih mencintai gadis itu walaupun dia tahu Safiyyah mungkin sudah bersuamikan Ibrahim? Memilih antara gadis yang pernah dicintai ataupun gadis yang sedang mencari cinta.


Bahagia dengan yang baru atau bahagia dengan masa lalu? Apapun takdir yang telah ditetapkan-Nya, genggamlah sebelum ia hilang.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Drama Tetuan Ang & Rahimin Drama Tetuan Ang & RahiminDrama bersiri yang berjudul Tetuan Ang & Rahimin menampilkan pelakon utama Daiyan Trisha, Ben Amir d… Read More...
  • Drama Lari Cabi Lari TV2 Telefilem yang berjudul Lari Cabi Lari lakonan Eric Fuzi, Jasper Supayah, Sri Kumaran dan Syrul Ezwan akan disiarkan di TV2 pada Isnin… Read More...
  • Drama Cinta Amnesia Drama komedi yang berjudul 'Cinta Amnesia' akan menemui penonton TV3 menerusi slot Lestary bermula 12 Februari 2022, setiap hari Rabu … Read More...
  • Drama Love In Lockdown Drama Love In LockdownSooka akan membawakan siri original pertamanya berjudul 'Love In Lockdown' yang akan disiarkan bermula 20 Februa… Read More...
  • Drama Janji Pada Hati TV AlHijrah menerusi slot Qalbu menyiarkan drama berjudul Janji Pada Hati. Drama arahan Sham Jr. yang diterbitkan oleh MDAG Marketing … Read More...

0 Response to "Drama Satu Hari Nanti"

Catat Ulasan