Filem Gold 2024

Filem biopik 'Gold' yang diinspirasikan daripada kisah benar atlet badminton tempatan, Cheah Liek Hou, jaguh Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan datang di pawagam mulai 11 Julai 2024. Filem ini diarahkan oleh Adrian Teh dan membariskan pelakon hebat tanah air seperti Jack Tan, Farid Kamil, Fabian Loo, Wan Raja dan Yasmin Hani.


Filem Gold

Genre: Drama Sukan

Tarikh Tayangan: 11 Julai 2024

Skrip: Wall Fish

Lakon Layar: Wall Fish, Adrian Teh

Pengarah: Adrian Teh

Produksi: Astro Shaw & Act 2 Pictures


Watak Pelakon Filem Gold 2024

Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou

Farid Kamil sebagai Rashid Sidek

Yasmin Hani sebagai Isteri Rashid Sidek

Wan Raja sebagai Misbun Sidek

Fabian Loo sebagai Guan Teng

Freddie Ng sebagai Bapa Liek Hou

Lynn Lim sebagai Ibu Liek Hou

Daniel Cheah sebagai Ah Fat


Sinopsis Filem Gold 2024

Filem Gold 2024 menceritakan Cheah Liek Hou merupakan seorang pemain badminton yang luar biasa dengan rekod tidak terkalahkan hasil daripada kemahiran yang sangat tinggi. Namun, semasa puncak kariernya, beliau didapati menghidapi kebas saraf brakial. Tanpa semangat berputus asa, Liek Hou terus berjuang dan menyertai kejohanan badminton kurang upaya dan berjaya memenangi kejuaraan dunia dengan semangat atlet yang tinggi. Namun, kehilangan ayah yang menjadi tonggak utama sokongan beliau sepanjang hidup telah menjadi satu dugaan besar buatnya. Beliau terpaksa menghadapi cabaran hidup dengan penuh keberanian.

Apabila Sukan Paralimpik mengumumkan badminton merupakan antara sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan Rashid Sidek, seorang pemain badminton legenda yang menjadi jurulatihnya. Dibimbing oleh Rashid Sidek, Liek Hou berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dan mengatasi pelbagai halangan untuk memenangi Sukan Paralimpik, akhirnya mencipta sejarah penting bagi negara Malaysia dengan memenangi pingat emas.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Filem Raja Naga TontonFilem terbaru daripada Tonton Unique, 'Raja Naga' arahan Azizi Chunk Adnan ditayangkan pada 30 Oktober 202. Saksikan Raja Naga sempena peray… Read More...
  • Filem Don Dukun mulai 31 Oktober 2024Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Productions dan GSC tampil dengan filem komedi seram 'Don Dukun' yang akan menemui penonton di pawagam… Read More...
  • Alur cerita Filem 6 JilakeFilem terbaharu arahan Aziz M. Osman, 6 Jilake bakal ditayangkan dipawagam pada Februari 2025. 6 JilakeGenre: Komedi, AksiTarikh Tayang… Read More...
  • Film Pontianak 200kgFilm Pontianak 200kgFilem seram komedi 'Pontianak 200kg' terbitan Primeworks Studio dan Metrowealth akan ditayangkan di pawagam Malaysia pad… Read More...
  • Filem PungutFilem Pungut diarahkan oleh pengarah yang cukup terkenal dengan filem-filem aksi seperti Geran dan Walid iaitu Areel Abu Bakar kali ini baka… Read More...

0 Response to "Filem Gold 2024"

Catat Ulasan