Filem Harimau Malaya The Untold Journey

4ward Pictures Sdn. Bhd menghadirkan filem yang mengangkat kisah pasukan bola sepak kebangsaan, 'Harimau Malaya : The Untold Journey' hasil arahan sutradara, Dato’ Afdlin Shauki yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 15 Ogos 2024.

Harimau Malaya : The Untold Journey diinspirasikan daripada kisah di sebalik tabir Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada Januari 2022.


Harimau Malaya : The Untold Journey

Genre: Drama, Sukan, Sejarah

Tarikh Tayangan: 15 Ogos 2024

Skrip: Afdlin Shauki, Haris M.nor, Norsyiella Annuar, Shabromo

Pengarah: Afdlin Shauki

Produksi: 4ward Pictures Sdn. Bhd


Watak Pelakon Filem Harimau Malaya The Untold Journey

Meerqeen sebagai Rashdan

Tony Eusoff sebagai Dato' Hamidin

Sophia Albarakbah sebagai Karina

Aiman Hakim Ridza sebagai Corbin

Amelia Henderson sebagai Inaya

Hazama sebagai Kasturi

Erra Fazira sebagai Datin Norliza

Aidil Aziz sebagai Taufik

Namron sebagai Aldi

Zain Hamid sebagai Datuk Karl

Douglas Lim sebagai Lionel

Kavin Jay sebagai T.S

Mia Sara sebagai Nasuha

Bell Ngasri sebagai Badar

Vanida Imran sebagai Maimon

Wanna Ali sebagai Najwa

Afdlin Shauki sebagai Roslan

Liyana Jasmay sebagai Ana

Nabil Zakaria sebagai Mickey


Sinopsis Filem Harimau Malaya The Untold Journey

Filem Harimau Malaya The Untold Journey bakal menceritakan kebangkitan semula Harimau Malaya selepas kemerosotan yang membawa kepada peletakan jawatan jurulatih Tan Cheng Hoe pada Januari 2022.

Kisah harimau malaya ini digerakkan melalui empat perspektif naratif iaitu dari sudut badan pengurusan skuad kebangsaan harimau malaya, ketua jurulatih Harimau Malaya, pemain dan ultras khususnya tiga rakan yang merupakan penyokong tegar Harimau Malaya. Mereka telah disenarai hitamkan daripada menghadiri perlawanan bola sepak di stadium selama setahun.

Empat perspektif ini akan bertembung pada perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia apabila skuad Harimau Malaya berdepan Bangladesh di mana mereka berjaya menewaskan Bangladesh dan layak ke Piala Asia selepas 42 tahun.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Filem Harimau Malaya The Untold Journey"

Catat Ulasan