Drama Lara Kasih TV3-senarai drama adaptasi novel

Popular

Drama Lara Kasih TV3

Drama bersiri Lara Kasih yang merupakan diadaptasi daripada novel Tentang Hati Lara karya Nueen. Drama 15 episod ini diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua. Menampilkan barisan pelakon seperti Fikry Ibrahim, Chacha Maembong, Laila Nasir, Jay Iswazir dan ramai lagi.


Saksikan Lara Kasih yang disiarkan di slot Samarinda TV3 mulai 25 November 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam atau strim di platform Tonton melalui laman web www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.


Lara Kasih

Episod: 15

Tarikh Tayangan: 25 November 2024

Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton

Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil

Pengarah: Shuhaimi Lua

Produksi: Tanah Beris Film Production


Watak Pelakon Drama Lara Kasih

Fikry Ibrahim sebagai Khairil

Chacha Maembong sebagai Syuhadah

Jay Iswazir sebagai Borhan

Laila Nasir sebagai Hasnah

Iman Suhana sebagai Syahirah

Norreen Iman sebagai Syafiqah

Sharifah Shahora sebagai Ainun

Raja Azmi sebagai Fatimah

Mili Supina sebagai Cik Milah

Rashidah Jaafar sebagai Che Yah

Chomell Fana sebagai Syidah

Aishah Sudin sebagai Rohani

Aaliyah Natasha sebagai Azura

Ariel Izz sebagai Rahim

Syafiq Putra sebagai Azri

Muhd Faiz sebagai Rafiq 

Nur Aleesya Amanda sebagai Baby Faris


Lagu Tema (OST)

Tajuk: Benar Aku Cinta

Artis: Ronnie Hussein 

Komposer: Ngepz

Lirik: Ngepz


Sinopsis Lara Kasih

Drama Lara Kasih mengisahkan perjalanan hidup Syuhadah (Chacha Maembong) dan Khairil (Fikry Ibrahim) yang teruji apabila hubungan mereka diganggu oleh ibunya, Puan Hasnah (Laila Nasir), yang menentang keras cinta mereka kerana pekerjaan Khairil sebagai seorang penoreh getah.

Puan Hasnah yang naif termakan dengan nasihat dari Che Yah, seorang tukang tilik nasib, mengatakan bahawa Syuhadah akan mendapat kehidupan yang lebih terjamin jika disatukan dengan Borhan, seorang duda anak dua. Ini memulakan satu konflik yang mencabar antara Syuhadah dan ibunya.

Syuhadah terpaksa menentang keputusan ibunya yang mahu mengahwinkannya dengan Borhan, demi mempertahankan cinta dengan Khairil yang telah lama menjadi pilihannya. Namun, di sebalik kekuatan cinta mereka, muncul cabaran baru apabila Azura, seorang wanita yang cuba merebut perhatian Khairil, turut menambahkan konflik dalam hubungan mereka.

Dalam usaha mereka untuk tetap bersama, Puan Fatimah, ibu Khairil, turut memainkan peranan penting dengan memberi bantuan kepada Syuhadah dan Khairil, walaupun dengan cara yang agak kontroversial. Ketika permainan emosi dan perasaan semakin rumit, impian untuk hidup dalam kekayaan dan kemewahan mula menjadi keutamaan. Meskipun Khairil dan Syuhadah mungkin akhirnya dapat bersatu, mereka masih berdepan dengan tentangan keras dari Puan Hasnah yang terus berusaha mengatur kehidupan anak-anaknya mengikut kehendaknya.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Akankah Syuhadah dan Khairil berjaya melawan semua rintangan dan mendapat restu daripada ibu Syuhadah, atau adakah cinta mereka akan musnah kerana kerakusan dan kemahuan orang lain yang mengganggu kehidupan mereka?


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Drama Lara Kasih TV3

0 comments:

Catat Ulasan