Filem Jangan Pandang Belakang 2-senarai drama adaptasi novel

Popular

Filem Jangan Pandang Belakang 2

Selepas 17 tahun menggegarkan tanah air, filem seram ikonik kini kembali menghantui layar perak. Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu, sebuah kisah seram arahan Pierre Andre ini menampilkan barisan pelakon hebat Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Alif Hadi, Khatijah Tan, Mawar Rashid, dan Ruminah Sidek. Saksikan Jangan Pandang Belakang 2 di pawagam bermula 21 November 2024.

Filem Jangan Pandang Belakang 2

Genre: Seram

Tarikh Tayangan: 21 November 2024

Penulis Skrip: Pierre Andre

Pengarah: Pierre Andre

Produksi: MIG Pictures Sdn Bhd


Watak Pelakon

Emma Maembong sebagai Lynn

Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Dr. Azim

Khatijah Tan sebagai Mak Lang

Alif Hadi sebagai Hafiz

Mawar Rashid sebagai Mona

Ruminah Sidek sebagai Opah

Melissa sebagai Nurse Mel

Kel Narina sebagai Nurse Ida


Sinopsis Jangan Pandang Belakang 2

Filem Jangan Pandang Belakang 2 merupakan kisah berterusan dengan keluarga Mak Lang, yang memiliki saka keluarga. Kematian Opah menyebabkan saka tersebut kehilangan tuan, dan ia mula mengikuti Mak Lang yang sudah tua. Lynn menjadi sasaran selepas mengalami pelbagai gangguan. Lynn perlu menghadapi banyak kejadian misteri yang mengganggu kehidupan sehariannya dan diselamatkan oleh Hafiz, seorang lelaki yang mempunyai perasaan terhadap Lynn.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Filem Jangan Pandang Belakang 2

0 comments:

Catat Ulasan