Drama CICI & ROY (TV1) - senarai drama adaptasi novel

Drama CICI & ROY (TV1)


Telemovie melayu terbaru minggu ini di Panggung Ahad TV1 berjudul "CICI & ROY". Drama bergenre komedi ini dibintangi oleh Fouziah Gous, Ungku Ismail Aziz, Arash Mohd dan ramai lagi. Ianya mengisahkan si anak mengutamakan kehendak orang tuanya sehingga mengenepikan keinginannya sendiri yang akhirnya bahagia dengan jodohnya. Drama ini akan bersiaran pada hari  Ahad, 16 Februari 2014, pukul 10.05 pagi di saluran TV1.

Judul : Cici & Roy
Genre : Komedi
Tarikh : 16 Februari 2014
Pukul : 10.05 pagi
Pengarah : Haris Kadir
Pelakon : Fouziah Gous, Ungku Ismail Aziz , Arash Mohd, Zarina Zainuddin, Liza Zain dan Aisya Hasnaa.


SINOPSIS DRAMA CICI & ROY

Mengisahkan watak Cici dan Roy dimana mereka kedua-duanya telah dikahwinkan secara paksa oleh kedua orang tua masing-masing atas alasan persahabatan kedua orang tua mereka yang terlalu erat. Cici merupakan seorang gadis yang gemarkan gaya hidup yang lasak dan mempunyai hobi membawa motorsikal berkuasa besar sementara Roy adalah eksekutif muda disebuah syarikat swasta yang sangat terkenal dengan ketegasannya dan mementingkan kesempurnaan dalam setiap perkara yang dilakukan. Tidak hairanlah sehingga kini, Roy masih lagi tidak berkahwin dan digelar bujang tua oleh kawan-kawan seangkatan dengannya sementara Cici yang sememangnya tidak lagi bersedia malah tidak pernah langsung terlintas difikirannya mengenai kehidupan berumah tangga.

Kedua perwatakan yang berbeza ini telah mengundang masalah besar kepada pasangan ini selepas mereka dikahwinkan dimana Cici dan Roy langsung tidak dapat menerima diri masing-masing sebagai pasangan suami isteri. Roy menganggap Cici adalah wanita yang tidak layak untuk menjadi isterinya berikutan sifat Cici yang kasar sementara Cici berpendapat dia adalah perempuan yang malang kerana berkahwin dengan Roy yang dianggap kolot, buruk dan membosankan.

Perkara ini telah membuatkan Cici dan Roy sakit hati namun akhirnya mereka mengakui mengenai perasaan cinta yang mula terbit pada hati masing-masing dan mereka telah merelakan. Sebaliknya, apa yang lebih mengharukan, sewaktu En Bront sering ke rumah Roy, dia dan Kak Lola telah berkenalan sekaligus menjalin hubungan dalam diam.

GAMBAR PELAKON CICI & ROY









Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama CICI & ROY (TV1)"

Catat Ulasan