Adnan Sempit Sawadikap - senarai drama adaptasi novel

Adnan Sempit Sawadikap


Filem siri Adnan Sempit kini kembali beraksi dengan pengambaraan di Bangkok Thailand. Filem ini akan berada di pawagam mulai 7 Ogos 2014.

TAJUK : ADNAN SEMPIT SAWADIKAP
Tarikh Tayangan : 7 Ogos 2014
Genre : Komedi / Aksi
Pengarah : Ismail Bob Hasim
Pelakon : Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham, Yana Samsudin
Terbitan : Metrowealth

TRAILER ADNAN SEMPIT SAWADIKAP


SINOPSIS ADNAN SEMPIT SAWADIKAP

Adnan, Bobby, Nadia dan Wawa ke Bangkok untuk urusan perniagaan dan percutian yang singkat. Malangnya, Nadia dan Wawa telah kehilangan pasport mereka. Oleh itu, hanya Adnan dan Bobby perlu pergi ke Bangkok bersama-sama dengan bayi Adnan. 

Apabila tiba di Bangkok, keadaan menjadi huru hara apabila mereka kehilangan bayi setelah cuai menjaga bayi di lapangan terbang. Mereka menyangka bayi itu diculik untuk sindiket penyeludupan kanak-kanak. Mereka mula mencari di sekitar bandar dan terserempak dengan NOK, seorang wanita Thai yang membawa bayi kelihatan begitu mencurigakan. Adnan yakin Nok telah membawa bayi mereka dan mula mengejarnya. Malangnya Adnan mendapati bahawa ia bukan anaknya. Di manakah anak mereka? Saksikan di pawagam berdekatan anda


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Adnan Sempit Sawadikap"

Catat Ulasan