Drama Bila Hati Berbicara (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Drama Bila Hati Berbicara (TV3)


Novel Bila Hati Berbicara karya Antasya Balqis akan diadaptasikan kepada drama dan ditayangkan di slot Akasia TV3. Drama dibawah terbitan Suhan Movies ini diarahkan oleh Amie Maziah. Menampilkan bintang muda Syafiq Kyle dan Atiqah Suhaime sebagai pelakon utama. Drama ini akan bersiaran selepas tamatnya drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Saksikan Bila Hati Berbicara bermula 28 Oktober 2014, pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7.00 malam di TV3.

JUDUL : BILA HATI BERBICARA
EPISOD : 32 episod
TARIKH : 2014
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Amie Maziah
SKRIP : Sharifah Abu Salem
NOVELIS : Antasya Balqis
TERBITAN : Suhan Movies / Buku Prima
PELAKON : Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Azwan Kombos ,Raja Ilya, Idzham Ismail, Lia Natalia, Hanna Aqeela, Marisa Yasmin, Emelie Hanif

WATAK-WATAK PELAKON
Syafiq Kyle sebagai Emir Qasha
Atikah Suhaime sebagai Tania Katsura
Hafreez Adam sebagai Badri Fathul
Raja Ilya sebaga Babe
Azwan Kombos sebagai Taufiq
Idzham Ismail sebagai Zaidi
Hanna Aqeela sebagai Nadia



SINOPSIS RAMA BILA HATI BERBICARA

Mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Emir Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan manakala Tania Katsura (Atikah Suhaime) pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan dan sentiasa berkerja keras untuk mengejar cita-citanya.

Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah menawarkan kerja kepada Tania.

Selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang gadis yang amat istimewa. Namun, Emir menafikan dirinya telah jatuh cinta pada Tania kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana perbezaan darjat.

Emir memperkenalkan Tania kepada sahahat baik yang juga pembantunya, Badri Fathul (Hafreez Adam). Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap Tania supaya berkahwin dengan dia selepas tercabar dengan Badri yang juga mahu menawan hati Tania.


Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania Katsura. Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe (Raja Ilya) juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania. Apakah yang akan terjadi kepada Emir dan Tania? Adakah kasih sayang dapat menyatukan cinta Emir kepada Tania?

SINOPSIS NOVEL BILA HATI BERBICARA

BILA HATI BERBICARA mengisahkan tentang Emir Qasya, seorang jutawan muda yang sedang mencari bakal isteri dan dikelilingi oleh populariti sebagai seorang juwatan muda yang kacak dan berwawasan tinggi. Kisah peribadinya selalu menjadi buruan... wartawan. Hidupnya dilanda gosip liar dan selalu dikaitkan dengan model dan perempuan cantik. Sejak dia merwar-warkan mencari calon isteri, hidup peribadinya diintip wartawan setiap saat. Dia amat mementingkan darjat dan keturunan supaya setaraf dengan kedudukannya tetapi akhirnya telah jatuh cinta dengan Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan setinggan yang di beri nama Lembah Jingga.

Emir merasakan Tania perempuan yang sangat istimewa tetapi hatinya selalu menafikan dia telah jatuh cinta kerana Tania tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri yang memerangkap Tania dalam perkahwinan kerana cabaran Badri Fathul yang juga menaruh minat terhadap Tania.

Sesuatu telah terjadi di dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Apakah yang akan terjadi terhadap perkahwinan mereka dan rasa cemburu kerana sayang dapatkah kembali menyatukan cintanya terhadap Tania?

 GAMBAR PELAKON
























Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Bila Hati Berbicara (TV3)"

Catat Ulasan