Drama Satu Hari (TV9) - senarai drama adaptasi novel

Drama Satu Hari (TV9)


Drama bersiri terbaharu berjudul 'Satu Hari' akan menemui penonton menerusi slot Ratu saluran TV9. Drama arahan Jamal Khan terbitan produksi Primeworks Studio Sdn. Bhd. Menggandingkan pasangan Remy Ishak dan Sara Ali sebagai hero dan heroin. Drama ini akan bersiaran pada 2 Disember ini selepas tamatnya drama Setitis Kasih Darmia. Bersiaran setiap hari Selasa dan Rabu pukul pukul 8.30 malam di TV9.

JUDUL : SATU HARI
EPISOD : 14 episod
TARIKH : 2 Disember 2014 ( Selasa & Rabu - 8.30 malam) 
SIARAN : Slot Ratu saluran TV9
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Primeworks Studio Sdn. Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Sara Ali, Rita Rudaini, Miller Khan

WATAK PELAKON
Remy Ishak sebagai Isfahan 
Sara Ali sebagai Sabrina
Rita Rudaini sebagai Lia
Miller Khan sebagai Moez

VIDEO PROMO






SINOPSIS SATU HARI

Mengisahkan Isfahan (Remy Ishak) yang membawa diri ke Sarajevo kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya, Lia (lakonan Rita Rudaini) curang dengan sahabat baiknya sendiri, Moez (Miller Khan) biarpun telah berkahwin selama sembilan tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Puteri. Isfahan kemudiannya bertemu Sabrina (Sara Ali) seorang penganalisa air mentah di Sarajevo. Dalam hati yang tidak keruan, tidak pernah sekali pun terdetik di hati kecil Remy bahawa dia akan bertemu cinta baharu di ibu negara Bosnia-Herzegovina itu. Keletah comel dan misteri sikap yang dimiliki si gadis, Sabrina akhirnya membuka pintu hati Isfahan untuk bercinta kembali, namun dia masih terikat dengan memori silam. Namun Isfahan terpaksa pulang semula ke tanah air gara-gara kematian Puteri. Selepas terpaksa pulang semula ke tanah air, kesetiaan hati Isfahan kemudian diduga apabila Lia kembali menagih cinta lama selepas diceraikan Moez. Adakah Remy kembali menyulam kenangan lalu atau kekal bersama cintanya bersama Sabrina yang ditinggalkan di Sarajevo? Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

GAMBAR PELAKON
















Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Satu Hari (TV9)"

Catat Ulasan