Telemovie Manikam Hati (TV9)


Sempena sambutan Maulidur Rasul ini, TV9 akan menyiarkan telefilem bertajuk 'Manikam Hati' di slot Skrin Di 9. Drama arahan Heykal Hanifah dilakonkan oleh Eja, Pekin, Rusdi Ramli, Faralyna Idris, Afiq, dan Hamidah Wahab. Kisah penuh pengajaran ini akan bersiaran pada 3 Januari 2015, jam 8.30 malam. 

JUDUL : MANIKAM HATI
TARIKH : 3 Januari 2015 (8.30pm)
SIARAN : Slot Skrin Di 9, TV9 
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Layar Consult Sdn Bhd
PELAKON : Siti Sharizah (Eja), Pekin, Rusdi Ramli, Faralyna Idris, Afiq, Hamidah Wahab

SINOPSIS MANIKAM HATI

Siapa sangka, kebahagiaan pasangan Shariza dan Farihin direnggut tiba-tiba dalam satu kemalangan. Shariza berhadapan dengan pelbagai cabaran. Dengan statusnya sebagai balu kaya, dia diburu ramai lelaki yang berniat buruk.

Tiba-tiba muncul Zaharin, seorang lelaki muda yang menghulurkan keikhlasan. Zaharin yang sanggup mengahwini ibu tunggal, Shariza, yang 10 tahun lebih tua usia daripadanya demi menjaga kebajikan wanita tersebut yang bergelar balu dan menjaga anak-anak yatim. Namun niat murninya disalahertikan. Apa yang akan terjadi seterusnya?

Related Posts

Telemovie Manikam Hati (TV9)
4/ 5
Oleh