Animasi Boboiboy Galaxy


Animasi Boboiboy Galaxy 
boboiboy galaxy poster
Boboiboy Galaxy Official

Ok. Lepas tengok movie Boboiboy waktu raya kedua kat TV3 itu hari. I'm hooked! Sekarang tengah duk layan youtube monsta untuk musim ketiga Boboiboy. haha.

Jom baca 7 fakta menarik mengenai Boboiboy Galaxy yang akan ditayangkan bermula bulan Sembilan/September (dijangka) Tahun ni; Terjemahan dari Nizam Razak facebook page.


1) Boboiboy dan Kawan-Kawan (Gopal, Ying, Yaya, Fang dan Ochobot) akan mengembara merentasi alam galaksi, sebab tu nama pun tukar kepada Boboiboy Galaxy. Mereka akan lebih aktif dan mempunyai misi tersendiri.

2) Jalan cerita akan lebih tertumpu kepada sfera kuasa. Kat dalam movie Boboiboy, sedikit sebanyak kita dapat tahu lebih mengenai sfera kuasa melalui watak penjahat dan atuk Ochobot. Jadi, dalam Boboiboy Galaxy akan ada lebih banyak watak baik dan jahat diperkenalkan dalam proses mereka mendapatkan sfera kuasa.

3) Boboiboy Galaxy timeline akan melompat 2-3 tahun selepas tamat Boboiboy the Movie. Dari segi design akan menampakkan kematangan karektor-karektor dalam animasi ni. Walaubagaimanapun, animasi boboiboy masih target untuk kanak-kanak.  

boboiboy galaxy poster
Boboiboy Galaxy Poster

4) Rebrand, Rethink and Reconceptualized. Dengan penjanamaan semula Boboiboy kepada Boboiboy Galaxy, diharapkan ia mampu membantu dalam mendapatkan peminat peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan sedikit pertukaran dan perubahan kepada konsep asal Boboiboy, namun semangat dan intipati Boboiboy masih sama.

5) MONSTA akan keluarkan komik Boboiboy Galaxy first, sebelum animasi diterbitkan. Komik Boboiboy Galaxy akan dikeluarkan setiap bulan. (Kalau tak silap, bulan ogos akan mula dikeluarkan edisi pertama komik Boboiboy Galaxy)

6)  MONSTA dan TOMY akan menghasilkan lebih banyak set mainan berasaskan animasi Boboiboy ni. 

7) MONSTA akan mengeluarkan 20-26 episod setiap tahun (target) dan Boboiboy Galaxy dikatakan mempunyai keseluruhan 104 episod. Produksi untuk animasi Boboiboy Galaxy akan bermula secepat mungkin dan first batch akan ditayangkan pada September hingga Disember 2016.

Konsep Seni Animasi Boboiboy Galaxy

boboiboy galaxy poster

galaxy boboiboy poster

Update teaser Boboiboy Galaxy Sempena Kermerdekaan Malaysia ke-59.


Animosta juga release satu gambar perubahan watak Boboiboy dari musim pertama sehinggalah watak Boboiboy dalam Boboiboy Galaxy; Boleh tengok bawah :

watak boboiboy
Perubahan Boboiboy dari musim pertama sehingga Boboiboy Galaxy.

Update Tarikh Tayangan Boboiboy Galaxy

- Satu temubual berkaitan Youtube Kids app dan Boboiboy siri, Animosta telah mengeluarkan kenyataan yang siri Boboiboy Galaxy akan mula dilancarkan pada bulan November. Jalan cerita akan lebih fokus kepada sfera kuasa dan peningkatan kuasa Boboiboy dan rakan-rakan. Satu preview khas juga akan dihasilkan dan juga bakal dikeluarkan pada bulan November. 

boboiboy galaxy interview
Temu bual berkaitan Boboiboy Galaxy.

Boboiboy Galaxy Teaser 

Animosta dah release teaser terbaru untuk Boboiboy Galaxy; Layan kat bawah ni.

Sudah confirm 25 November 2016 tarikh tayangan Boboiboy Galaxy akan bermula. Semua watak dah membesar. Watak Fang sahaja masih belum kelihatan. Animasi makin smooth berbanding musim sebelum ini. Lagu [OST] pun energetik. Nyanyian kumpulan Bunkface. Terbaik! 

Kalau tengok teaser, boleh la tengok kostum baru untuk watak Boboiboy. Warna baju pun dah beza bila bertukar. Level satu pun macam dah power! Tak payah nak buat Kuasa Tujuh dah. Tapi Boboiboy Solar terbaik kot dalam Boboiboy The Movie. Ochobot yang dah upgrade macam dah boleh guna kuasa teleportasi dia je. Tak sabar nak tunggu ni! haha.

boboiboy baju color baru
Boboiboy Galaxy Kostum Baru.
boboiboy galaxy comel
Poster terbaru dari Animonsta
[25 November, 5 petang di TV3!]

Promo Episod 1 Boboiboy Galaxy


- Watak Ciciko yang muncul dengan Borara dalam Boboiboy The Movie kembali untuk episod pertama ni. Ada juga villain baharu tetapi masih belum diperkenalkan. Yang ada pun watak Gopal dan Boboiboy, watak-watak lain tidak ditunjukkan dalam promo ini.

Poster Boboiboy Galaxy

- Monsta baru update poster terbaru untuk animasi Boboiboy Galaxy dengan caption "Poster BoBoiBoy Galaxy khas untuk korang! Kembara ke Angkasa Bersama BoBoiBoy! TERBAIK! Bermula 25 November 2016 pada pukul 5 petang. Hanya di Bananana TV3!".

poster animasi boboiboy
Poster animasi Boboiboy Galaxy

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Animasi Boboiboy Galaxy

0 comments:

Catat Ulasan