Drama Misteri Wan Peah - senarai drama adaptasi novel

Drama Misteri Wan Peah

Drama Misteri Wan Peah

Drama Misteri Wan Peah.sering menyendiri dan tidak pernah senyum selain suka duduk dalam gelap membuat penduduk kampung menganggap Wan Peah (Normah Damanhuri) membela saka. 

Para Pelakon Drama Misteri Wan Peah

Normah Damanhuri
Sasqia Dahuri
Sweet Farhana
Zee Tokan
Acap Tokan
Faiz Tapaw
Sherry Al-Hadad

Sinopsis Drama Misteri Wan Peah

Drama Misteri Wan Peah menceritakan satu peristiwa dimana tiga rakan karib yaitu Yeh Kumbang (Acap Tokan), Li Kelubi (Zee Tokan) dan Ghani Gagap (Faiz Tapaw) telah disergah oleh Wan Peah sehingga mereka jatuh sakit, Wan Peah diherdik dan dicaci oleh penduduk kampung. Mereka mengatakan Wan Peah menggunakan ilmu hitam dan dia diberi amaran untuk tidak keluar rumah langsung. 

Selama dua belas tahun orang kampung tidak melihat kelibat Wan Peah, sehingga mereka berfikir bahwa Wan Peah sudah meninggal dunia. Tiada siapa peduli kerana mereka juga tidak berani untuk mendekati rumah Wan Peah yang menyeramkan. 

Kemunculan Cik Siti (Sasqia Dahuri), yang merupakan janda anak seorang pindah ke kampung itu bersama anaknya, Aisyah (Indah Emerlda DFKL) serta adiknya Nurin (Sweet Farhana). dan yang Lebih mengejutkan apabila Cik Siti berpindah ke rumah kosong bersebelahan dengan rumah Wan Peah. 

Satu demi satu perkara pelik terjadi kepada Cik Siti dan keluarganya sejak Cik Siti berpindah ke rumah sebelah sengan rumah wan peah. Bermula dengan peristiwa Aisyah yang hilang semasa bersiar-siar bersama Nurin dan akhirnya ditemui di tingkat bawah rumah Wan Peah. Orang kampung beranggapan bahawa hantu Wan Peah sudah mulai mengganggu penduduk di situ kerana sering juga dilihat berjalan sendirian  di kawasan kampung.

Farhan (Ariff Aziz), anak kepada Tok Hashim dan Mak Timah sudah pulang menetap di kampung itu. Dia bertugas sebagai guru ganti kepada kelas yang ditinggalkan oleh Cik Siti. Apabila Cik Siti kembali semula ke sekolah, mereka mula rapat. 

Perkara ini yang menyebabkan Cikgu Zaiton (Sherry Al-hadad) yang sememangnya cemburu kepada Cik Siti mula membawa mulut kononnya Cik Siti mengadakan cerita tentang hantu Wan Peah untuk menarik perhatian orang kampung. Perbuatan jahat Cikgu Zaiton turut disokong Mak Timah. Perhubungan mereka tidak akan mendapat restu Mak Timah sekiranya Farhan memilih Cik Siti. 

Disebabkan itu, Cik Siti tekad untuk mencari kebenaran tentang Wan Peah. Cik Siti meminta bantuan tiga sekawan itu, namun kerana peristiwa silam mereka takut. Dapatkah Cik Siti merungkai kebenaran tentang misteri Wan Peah? Adakah benar Wan Peah sudah meninggal dunia dan rohnya yang telah mengganggu orang kampung kerana dirinya dihina? 

Ikuti Misteri Wan Peah menerusi slot Seramedi yang akan mula bersiaran pada 13 Februari 2017 like dan share bila berkenan

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Misteri Wan Peah"

Catat Ulasan