Sumpah Ibu (2017) - senarai drama adaptasi novel

Sumpah Ibu (2017)

Sumpah Ibu (2017)

Drama melayu terbaru di slot Azalea berjudul Sumpah Ibu yang menggantikan drama Diari Cinta Kita. Drama arahan Rusdi Ramli ini dibintangi oleh Adiba Yunus, Nafiez Zaidi, Faiz Tapaw, dan Rashidah Jaffar.

Tayangan: TV9
Siaran : Mulai 8 Januari 2017, Selasa-Ahad, 8.30 malam
Jumlah Episod: 20
Status: Tamat

SINOPSIS DRAMA SUMPAH IBU

Dikisahkan bahwa Intan (Adiba Yunus) seorang gadis bijak tekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh kerana dia mau keluar dari penderitaan kemiskinan keluarganya. Dia merasa terbeban untuk memikul tangggungjawab ibunya, Kasmah (Rashidah Jaafar) setelah ayahnya, Mansur (Ramli Saleh), lumpuh. Intan mempunyai seorang abang, Fauzi (Faiz Tapaw) yang cacat dan juga seorang adik iaitu Farhan (Nafiez Zaidi). Intan juga mempunyai seorang kekasih, bernama Haris (Chomatt Samad). Haris seorang pemuda yang baik hati, dia sentiasa memberikan dorongan dan tidak lokek untuk membantu keluarga Intan yang sangat merana.

Kasmah sangat menyayangi Intan walaupun Intan sering memarahinya kerana Intan merasa terbeban dengan berbagai masalah keluarga mereka. Walaupun begitu, demi masa depan Intan, Kasmah sanggup berkorban dengan menjual semua barang kemasnya bagi membolehkan Intan melanjutkan sekolahnya dan mendapat pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga. Namun, Intan mula lupa diri dan pada sumpahnya untuk membantu keluarga apabila dia sudah berjaya.

Lebih ironi, Intan langsung tidak peduli apabila projek pembinaan yang bakal diuruskan oleh syarikat Nasir (Erry Putra), kekasih barunya itu akan memusnahkan penduduk kampung tempat dia membesar termasuk keluarganya sendiri. Bagai tiada perasaan, sudahlah tidak mengaku asal usulnya, Intan mencadangkan supaya Nasir memberi wang pampasan untuk menghalau mereka daripada kawasan tersebut.

Kerana ingin hidup senang dan mewah membuatkan Intan lupa segala pengorbanan dan kasih sayang ibunya. Intan curang pada kesetiaan Haris yang sentiasa berada disisi sewaktu dia susah dahulu. Intan juga kejam kerana tidak langsung pulang melawat Mansur yang sakit, sehinggalah Mansur meninggal dunia. Intan juga berpura-pura tidak mengenali Farhan malah hanya membiarkan adiknya itu dipukul ketika Farhan ingin memujuknya untuk pulang ke rumah mereka. Kamsah menjadi murung dan sentiasa dalam kesedihan mengenangkan Intan yang sudah lupa akan janji-janjinya dahulu.

Adakah selamanya Intan dapat hidup tenang dengan melupakan sumpah yang dilafazkan dahulu? Dapatkan Kasmah memaafkan Intan?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sumpah Ibu (2017)"

Catat Ulasan