Drama Andainya Takdir - senarai drama adaptasi novel

Drama Andainya Takdir

Drama Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis-Nantikan drama bersiri Andainya Takdir yang akan mengisi di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis. Drama terbitan produksi A.Aida Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Along Kamaludin. Akan disiarkan di TV3 pada bulan Ramadan. 

Drama Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis

JUDUL : ANDAINYA TAKDIR 
EPISOD : 16 episod  
TARIKH / MASA : Ramadan 2017 
SIARAN : Slot Samarinda TV3 
PENGARAH : Along Kamaludin 
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd 

PELAKON ANDAINYA TAKDIR 
Shukri Yahaya
Nina Iskandar
Puteri Balqis
Sabhi Saddi 
Adiba Yunus
Ikhlas Jalil

FOTO pelakon Andainya Takdir

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR

Drama ANDAINYA TAKDIR Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran yang berat. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Fatihah yakin bahwa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sangat kasar terhadapnya demi Aleeya, anak kesayanganya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk seolah olah membuat Fatihah kegetiran.

Dapatkah Kehidupan perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Andainya Takdir "

Catat Ulasan