Drama Selafaz Cinta-Astro - senarai drama adaptasi novel

Drama Selafaz Cinta-Astro

Drama Selafaz Cinta Astro bakal mengisi slot Tiara menggantikan drama Cinta Tiada Ganti. Drama rantaian 60 episod ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya. Bakal menemui penonton bermula 27 November, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.

WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Reza Ammar  
Syatilla Melvin sebagai Zahratul Jannah 
Puteri Aishah asebagai Liza Liyana
Aqasha sebagai Ustaz Jihad
Fezrul Khan sebagai Irsan
Riz Amin sebagai Ditto 
Sharifah Sakinah sebagai Jasmine
Haris Ismail sebagai Ustaz Fakih

TAJUK : SELAFAZ CINTA
JUMLAH EPISOD : 60 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 November 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Slot Tiara - Astro Prima 105 & Maya HD 135
PENGARAH : Pali Yahya (Mohd Fazli Yahya)
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan, Riz Amin, Sharifah Sakinah, Ikhwan, Sura Sojangi, Luqman Hafidz, Haris Ismail, Mimi Ernida, Ainin Batrisya



SINOPSIS SELAFAZ CINTA
Reza Ammar seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Bukan jenis yang mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari. Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka Shila.

Zahratul Jannah seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Patuh pada suami. Dulunya seorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Kini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza. Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah.

Liza Lyana berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Selafaz Cinta-Astro"

Catat Ulasan