Drama Jika Itu Takdirku (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Drama Jika Itu Takdirku (TV3)

Jika Itu Takdirku

Drama Jika Itu Takdirku bakal menemui penonton di slot Akasia TV3 mulai 17 Februari 2014 selepas berakhirnya drama Ariana Rose. Drama romantik arahan Eoon Shuhaini dibintangi oleh Shah Iskandar Mahfuz (Hakimi Ehsan) dan Intan Ladyana (Seri Umairah) sebagai pelakon utama. Mengisahkan tentang Hakimi (Shah Iskandar) yang menghidap amnesia selepas kemalangan jalan raya dan dirawat oleh Dr. Hamza (Arash Mohd). 


Judul : Jika Itu Takdirku
Episod : 24 episod 
Tarikh : Mulai 17 Februari 2014
Jadual : Setiap Isnin hingga Khamis
Pukul : 7.00pm - 8.00pm
Saluran : Slot Akasia, TV3
Pengarah : Eoon Shuhaini
Skrip : Faten Syamimie
Terbitan :  MIG Production Sdn Bhd
Pelakon : Shah Iskandar Mahfuz (Hakimi Ehsan) dan Intan Ladyana (Seri Umairah)
Nina Iskandar, Adibah Yunus (Sarah), Shukri Yahaya, Jasmin Hamid (Datin Jasmin), Arash Mohd (Dr. Hamza), Azwan Kombos

PROMO


SINOPSIS DRAMA JIKA ITU TAKDIRKU

Walaupun Hakimi (Shah Iskandar) tidak mempunyai sebarang ingatan tentang Umairah (Intan Ladyana), namun dia telah jatuh cinta dan bertindak untuk melamarnya sebagai isteri. Dr Hamza (Arash Mohd) dan isterinya, Puan Zainah menerima baik lamaran Hakimi. Umairah bingung dengan tindakan Hakimi kerana hakikatnya mereka berdua mempunyai kisah silam yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Umairah. Umairah tidak pasti jika Hakimi hanya mahu mempermainkannya atau mempunyai muslihat lain. Kisah silam itu juga telah menyebabkan Umairah menjadi seorang yang pendiam dan pintu hatinya sukar terbuka untuk mempercayai cinta lagi.

Selepas 2 bulan, Hakimi gembira apabila Umairah telah mengandung. Bekas teman wanita Hakimi, Qistina (Nina Iskandar) kembali menagih cinta dan berusaha untuk memerangkap Hakimi. Kali ini, hati Umairah dilukai lagi dan dia menjadi pasrah dengan Hakimi yang kembali dengan perangai lama yang suka berpoya-poya. Masih ada peluang buat Hakimi dan Umairah?

 GAMBAR PELAKON JIKA ITU TAKDIRKU




























Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Jika Itu Takdirku (TV3)"

Catat Ulasan