Drama SESUCI CINTAMU (TV1) - senarai drama adaptasi novel

Drama SESUCI CINTAMU (TV1)


Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan drama terbaru bertajuk 'Sesuci Cintamu' pada 3 Mac depan. Drama ini mengisahkan percintaan yang terhalang disebabkan perbezaan agama dan bangsa. Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Nelydia Senrose, Mah Kit Wai, Abdul Razak, Safura Yaacob, Mandy Chong, Amar Bahrin dan ramai lagi. Saksikan drama ini di Slot Panggung 1 saluran RTM TV1 pada 3 Mac 2014 jam 2 petang. 

JUDUL : Sesuci Cintamu
TARIKH : 3 Mac 2014
PUKUL : 2.00 petang
SIARAN : Slot Panggung 1 di saluran RTM TV1 
PENGARAH : Harris Fadzillah
PELAKON : Nelydia Senrose, Mah Kit Wai, Abdul Razak, Safura Yaacob, Mandy Chong, Amar Bahrin, Syawal dan Shakila Koriri.

SINOPSIS DRAMA SESUCI CINTAMU

Aishah, seorang penuntut tahun akhir universiti yang mempunyai latarbelakang keluarga yang begitu prihatin tentang pengisian Islam telah menerima undangan makan daripada rakan seuniversiti iaitu Jason Chong yang telah lama meminatinya. Aishah tanpa pengetahuan ibubapanya telah menerima undangan keluar makan bersama Chong dengan syarat ia ditemani oleh sepupunya yang juga kawan rapatnya di universiti yang sama. Perjumpaan tersebut telah membibitkan perasaan yang lebih mendalam di antara mereka tambahan pula Chong merasakan keunikan keperibadian Aisyah berbanding dengan remaja wanita lain yang pernah ditemuinya.Jason yang dahulunya berperangai agak kasar dan tidak berapa memperdulikan pengajiannya sebelum itu telah banyak berubah dan mula melihat kepada masa depannya. Ibu Jason, seorang ibu tunggal yang dahulunya selalu bimbang dengan masa depan Jason yang tidak prihatin kepada pelajarannya juga dapat melihat perubahan pada diri Jason.

GAMBAR PELAKON



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama SESUCI CINTAMU (TV1)"

Catat Ulasan