Drama Suamiku Jururawat Isteriku Doktor (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Drama Suamiku Jururawat Isteriku Doktor (TV3)


Suamiku Jururawat yang sebelum ini pernah bersiaran secara telemovie, kini kembali dengan drama bersiri berjudul SUAMIKU JURURAWAT, ISTERIKU DOKTOR. Drama karya sutradara Eyra Rahman dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat dan baru seperti Yana Samsudin, Tomok, Shima Anuar, Sheera Iskandar dan ramai lagi. Jangan lupa nantikan drama ini bersiaran  di saluran TV3 mulai 22 MAC 2014. Drama ini disiarkan pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam di TV3. Drama ini juga boleh disaksikan menerusi portal video tonton.com.my

Judul : Suamiku Jururawat Isteriku Doktor 
Mulai : Mulai 22 Mac 2014, 
Genre : Keluarga / Komedi / Romantik
Siaran : Setiap Sabtu di saluran TV3
Episod : -
Pengarah : Eyra Rahman
Terbitan : Metrowealth 
Pelakon : Tomok (Mikail), Yana Samsudin (Dr.Suriati), Shima Anuar, Sheera Iskandar, Mustafa Kamal, Angeline Tan, Fadlan Hazim, Fezrul Khan, Sheera Iskandar dan Margaret Gan

SINOPSIS DRAMA SUAMIKU JURURAWAT ISTERIKU DOKTOR

Drama ini mengisahkan mengenai Mikhail yang dibesarkan oleh ayah tunggalnya yang bekerja sebagai pemandu kepada Datuk Shahrizal. Ibu Mikhail meninggal dunia dalam kemalangan ketika menghadiri temuduga untuk menjadi seorang jururawat. Sejak itu, ayah Mikhail menanam harapan agar Mikhail menjadi seorang jururawat suatu hari nanti, demi impian arwah ibunya yang tidak kesampaian. Dan kini, Mikhail hampir mencapai cita-cita itu apabila belajar di sebuah kolej kejururawatan.

Hidup Mikhail berubah apabila ayahnya maut selepas cuba menyelamatkan Datuk Shahrizal daripada kes samun. Kematian ayahnya itu menyebabkan Mikhail hidup sebatang kara. Datuk Shahrizal yang rasa terhutang budi, terus menyuruh Mikhail berpindah ke rumahnya. Dia amat menyukai sifat Mikhail dan dalam diam, menyimpan impian untuk memadankan lelaki itu dengan anak perempuannya. Dr. Suriati yang bakal pulang ke tanahair.

Bagaimanapun, kedatangan Mikhail di dalam rumah itu menyebabkan isteri Datuk Shahrizal, iaitu Datin Ila berasa tidak selesa. Bukan sahaja merasakan Mikhail bakal merampas perhatian suaminya, Datin Ila juga merasakan Mikhail cuba mengambil kesempatan terhadap kemewahan keluarganya. Sikap nakal dan suka mengusik Mikhail juga menyebabkan Datin Ila selalu jatuh ke dalam perangkapnya.

Buat sementara waktu, Mikhail hidup dengan selesa di rumah itu. Sehinggalah Dr. Suriati pulang ke tanahair untuk menyambung tugasnya di sebuah  hospital swasta. Dipengaruhi oleh ibunya, Dr. Suriati juga tidak suka dengan kehadiran Mikhail.  Dia juga merasakan Mikhail seolah-olah telah merampas kasih daripada ayah kesayangannya. Datuk Shahrizal akhirnya masuk campur dan mahu anak perempuannya itu berkahwin dengan Mikhail. Sungguhpun tidak bersetuju, Dr. Suriati tidak berani mengingkari kehendak ayahnya, lebih-lebih lagi, Datuk Shahrizal jatuh sakit teruk selepas itu.

Atas ketegasan ayahnya, Dr. Suriati pun akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan Mikhail. Namun begitu, di sebalik perkahwinan ringkas yang tidak diketahui ramai itu, Dr. Suriati dan Mikhail bersetuju untuk merahsiakan status mereka di khalayak ramai. Kerana tidak wujud sebarang rasa cinta, Dr. Suriati juga mendesak Mikhail agar mereka tidur berasingan, tidak bersentuhan dan sentiasa bergaduh kerana perbezaan sikap.

Dr. Suriati dan Mikhail akhirnya ditakdirkan bertugas di hospital yang sama. Di situ, Dr. Suriati bertemu semula dengan kawan lamanya, Dr. Fitri, yang pernah menyimpan perasaan terhadapnya. Begitu juga dengan Mikhail yang menemui Timor yang turut menjalani latihan praktikal di hospital yang sama.  Bagaikan sengaja mahu menimbulkan rasa cemburu masing-masing, Dr. Suriati dan Mikhail berlumba-lumba mendampingi teman lama mereka.

Keadaan ini menyebabkan banyak konflik berlaku, lebih-lebih lagi, apabila Dr. Fitri semakin jatuh hati kepada Dr. Suriati. Begitu juga dengan kemunculan Timor yang bermatian-matian cuba merebut cinta Mikhail.  Apakah yang bakal berlaku seterusnya?


GAMBAR PELAKON DRAMA SUAMIKU JURURAWAT ISTERIKU DOKTOR






























Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Suamiku Jururawat Isteriku Doktor (TV3)"

Catat Ulasan