Parasit Cerekarama (TV3) - senarai drama adaptasi novel

Parasit Cerekarama (TV3)

telemovie terbaru berjudul 'Parasit' yang akan bersiaran di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 15 Mac 2014 jam 10.00 malam di TV3. Telefilem penuh emosi ini dibawah arahan Murali Abdullah dan Skrip oleh Liza Mior Rashdi. Dibintangi oleh Riezman Khuzaimi, Rita Rudaini, Syazwan Zulkifli, Wan Sharmila dan Puteri Balqis. 

Telefilem: Parasit 
Tarikh : Sabtu, 15 Mac 2014
Waktu : 10.00 malam 
Siaran : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Murali Abdullah 
Skrip : Liza Mior Rashdi  
Terbitan : Sha’s Media Sdn Bhd 
Pelakon : Riezman Khuzaimi (Firdaus), Rita Rudaini (Atirah), Syazwan Zulkifli (Badri), Wan Sharmila (Azie), Puteri Balqis (Badrisya)


SINOPSIS

Suasana dalam kediaman pasangan suami isteri, Atirah (Rita Rudiani) dan Firdaus (Riezman Khuzaimi) agak tegang apabila Azie (Wan Sharmila) enggan membenarkan Atirah menamakan bayi yang baru dilahirkannya dengan nama Nur Fatihah.

Azie yang kononnya sudah tidak dipedulikan suami pada mulanya bersetuju untuk menyerahkan bayinya sebagai anak angkat kepada Atirah dan Firdaus yang tidak mempunyai anak selepas 10 tahun berkahwin. Namun, kemunculan semula suami Azie iaitu Badri (Syazwan Zulkifli ) mengubah keadaan. Termasuk perangai Azie yang pada mulanya nampak baik mahu dilayan seperti permaisuri termasuk cuba menggoda Firdaus.

GAMBAR





Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Parasit Cerekarama (TV3)"

Catat Ulasan