Filem Coverina (2015)


Saksikan sebuah filem komedi bertajuk Coverina yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada sambutan Tahun Baru Cina 2015 mulai 19 Februari ini. Menampilkan lakonan Pekin Ibrahim, Siti Elizad dan Cat Farish. 

TAJUK : COVERINA
Tarikh Tayangan : 19 Februari 2015
Genre : Komedi
Pengarah : Khalid Nadzri
Pelakon : Pekin Ibrahim, Siti Elizad, Cat Farish
Terbitan : SPS Jaya Sdn Bhd,
Trailer : http://youtu.be/Cq4JePOaJZQ
  
VIDEO TRAILER


SINOPSIS COVERINA

Kamal seorang penganggur yang sering membantu kawannya Ery di gerai burger telah tersilap mengisi borang permohonan kerja. Jadi dia ditemuduga untuk bekerja di sebuah syarikat permotoran dimiliki oleh Rina iaitu ratu permotoran negara. Rina yang anti-lelaki setelah kekasihnya sebelum ini merosakkan hari perkahwinan mereka. 

Segalanya berubah apabila Kamal bersedia untuk bekerja di sana sebagai 'dispatch' wanita. Kawannya Ery pula membantu Kamal untuk menjadi seorang wanita, bagi mengenal rahsia hati Rina, disamping untuk menyertai kumpulan motor berkuasa tinggi yang diangotai oleh Sharifah (seorang ibu tunggal), Liz (seorang isteri), Ali (perangai kebudakan) dan juga Rina. Berlakunya peristiwa yang mana Kamal menyamar sebagai Kamalia.

Penyamarannya sebagai Kamalia, membolehkan Kamal memahami perasaan dan cuba untuk mencuri hati Rina. Walaubagaimanapun, usaha beliau tidak berkesan dan menyebabkan Rina kesepian dan ingin berhubungan semula dengan bekas kekasihnya. Apakah yang akan berlaku hubungan antara Kamalia dan Rina?



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Filem Rise To Power iflix Filem spin-off terbaru dari KL Gangster Underworld berjudul Rise To Power ditayangkan di iflix secara percuma pada 19 September 2019. Filem… Read More...
  • Filem Suatu Ketika 2019 JUDUL : SUATU KETIKA - LANGITKAN IMPIANMU Tarikh Tayangan : 12 September 2019 Genre : Drama / Sejarah / Sukan Pengarah : Prakash Murugiah … Read More...
  • Filem Motif 2019 JUDUL : MOTIF Tarikh Tayangan : 26 September 2019 Genre : Jenayah Pengarah : Nadiah Hamzah Terbitan : Wayang Works & Ore Struck Media … Read More...
  • Filem Rise To Power iflix Filem spin-off terbaru KL Gangster Underworld yang berjudul Rise To Power ditayangkan di iflix secara percuma pada 19 September 2019. … Read More...
  • filem Geran 2019 Filem Geran yang merupakan arahan Areel Abu Bakar mengetengahkan seni persilatan dalam babak-babak aksi. Dibintangi oleh Namron, Khoharulla… Read More...

0 Response to "Filem Coverina (2015)"

Catat Ulasan