filem Geran 2019

Filem Geran yang merupakan arahan Areel Abu Bakar mengetengahkan seni persilatan dalam babak-babak aksi. Dibintangi oleh Namron, Khoharullah, Feiyna Tajudin, Fad Anuar, dan ramai lagi. Filem Geran ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 10 Oktober 2019.

TAJUK : GERAN
Tarikh Tayangan : 10 Oktober 2019
Genre : Drama, Aksi
Pengarah : Areel Abu Bakar
Terbitan : Layar Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Namron, Fatimah Abu Bakar, Khoharullah Majid, Feiyna Tajudin, Fad Anuar, Taiyuddin Bakar, Niezam Zaidi, Adam Shahz, Megat Shahrizal, Azlan Komeng, Aeril Zafrel

WATAK PELAKON 
Namron sebagai Pak Nayan 
Khoharullah Majid sebagai Ali 
Fad Anuar sebagai Arip 
Feiyna Tajudin sebagai Fatimah
Azlan Komeng sebagai Kahar
Taiyuddin Bakar sebagai Mi Piang

SINOPSIS GERAN
filem Geran mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Pak Nayan dan Haji Daud yang juga rakan seguru dalam ilmu persilatan. Namun disebabkan ada sejarah di antara mereka berdua, mereka saling berdendam dan persengketaan terus berlarutan. Hal ini melibatkan anak-anak Pak Nayan ke dalam situasi yang rumit. 

Ali dan adik perempuannya, Fatimah berasa amat marah dan kesal dengan adik bongsu mereka, Mat Arip yang tidak pulang ke rumah membawa bersama geran tanah pusaka. 
Mat Arip sebaliknya terlibat dengan kumpulan liar yang terbabit dengan aktiviti perlumbaan kereta secara haram dan perjudian selain mencagarkan geran tanah pusaka kepada Haji Daud. 

Sebagai abang sulung, Ali bertanggungjawab untuk mencari dan membawa pulang Mat Arip kembali ke pangkuan ayah mereka, Pak Nayan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Filem Talbis IblisKabir Bhatia kembali dengan sentuhan terbaru menerusi filem genre seram Talbis Iblis, terbitan oleh gabungan penerbit hebat tanah air, Infin… Read More...
  • Filem Anak RimauFilem yang berlatarkan sukan bola sepak, Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Films Sdn Bhd akan ditayangkan di pawagam pada 1 September 202… Read More...
  • Filem Mencuri Raden SalehFilem Mencuri Raden SalehFilem aksi heist terbaik Indonesia tahun ini yang berjudul Mencuri Raden Saleh bakal menemui penonton Malaysia di s… Read More...
  • Ada Hantu 2 Jangan lupa saksikan Ada Hantu 2, filem bergenre seram komedi yang merupakan arahan Hairul Azreen bakal ditayangkan di pawagam mulai 1… Read More...
  • Filem Cikgu VS Hantu Filem komedi seram yang bertajuk Cikgu VS Hantu yang merupakan arahan Liyana Jasmay bakal ditayangkan di Astro First saluran 480 bermu… Read More...

0 Response to "filem Geran 2019"

Catat Ulasan