Sinopsis full filem Suraya (2020)


TAJUK : SURAYA
Tarikh Tayangan : 9 Januari 2020
Genre : Seram / Ngeri
Skrip : Mohamed Kamal Amir
Pengarah : Feisal Azizuddin
Terbitan : Feisk Productions
Pelakon : Farihin Ufiya, Amir Rahim, Ainul Aishah, Yunadia Mohamed, Azhar Amir

SINOPSIS FILEM SURAYA
Filem Suraya menceritakan sosok yang bernama Nabila dan Adam yang merupakan pasangan YouTuber terkenal yang menerima 20 ribu `likes` untuk saluran mereka dalam jangka masa singkat. Untuk memastikan populariti mereka kekal dan demi berterima kasih kepada pelanggan mereka, mereka bercadang menerbitkan sebuah siri vlog berjudul "Duet Desa", yang merakam percutian mereka di serata Malaysia sambil meneroka budaya-budaya tradisional. Bagi episod pertama, Nabila memilih Negeri Sembilan, negeri yang terkenal dengan budaya Minangkabau. Namun, mereka sesat ketika dalam perjalanan ke destinasi akibat hujan lebat yang mengganggu GPS dan rangkaian telekomunikasi mereka. Apabila mereka terjumpa Homestay Abadi, milik seorang wanita cantik bernama Suraya, mereka menetap di situ. Mereka kemudian menyedari mereka terperangkap di `homestay` itu selepas berlakunya kejadian-kejadian aneh dan pembunuhan bermisteri. Kini mereka perlu mencari jalan keluar sebelum mereka turut menjadi mangsa bunuh pemilik `homestay` yang berbahaya itu.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Filem Budak FlatPrime Video mengumumkan filem Amazon Original pertamanya dari Malaysia iaitu Budak Flat akan mula disiarkan pada 16 November 2023. Filem aks… Read More...
  • Filem BelangFilem "Belang" mulai 8 November di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton.Belang The Silent TigersTarikh Tayangan: 8 November 202… Read More...
  • Sinopsis lengkap Filem Wayang PuakaMultimedia Entertainment mempersembahkan filem berjudul Wayang Puaka yang akan ‘menghantui’ anda bermula 2 November 2023 secara eksklusif di… Read More...
  • Filem Syaitan MunafikSyaitan Munafik, sebuah filem seram thriller arahan Allahyarham Majed Saleh akan datang di pawagam pada 21 Disember 2023.Syaitan MunafikGenr… Read More...
  • Filem Hang Nak P Mana?Filem komedi bertajuk Hang Nak P Mana arahan Asri Baq'u ditayangkan melalui saluran Astro First saluran 480 bermula 9 November 2023.Filem Ha… Read More...

0 Response to "Sinopsis full filem Suraya (2020)"

Catat Ulasan