Telefilem PT 6210 merupakan telefilem sempena hari kebangsaan yang ke-65 pada 31 Ogos 2022 (Rabu)pukul 10 malam di Astro Prima
Telefilem PT 6210
Waktu Siaran: Rabu, 31 Ogos 2022, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Prima
Idea Asal: Adza Emie Adenan
Skrip: Adza Emie Adenan, Yus Waisar, Yus Yusoff
Pengarah: Yus Yusoff
Produksi: Panaric Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Fimie Don, Anuar Kin Wah, Mahmud Ali Bashah, Margaret Gan, Kalpana Shree
Sinopsis Telefilem PT 6210
Telefilem PT 6210 mengisahkan pada tahun 1970, saat kemuncak jurang perkauman masih berbekas dalam masyarakat Malaysia ada seorang pemuda Melayu mendapati dirinya perlu pulang ke kampung di Kedah ekoran ayahnya nazak dan hanya ada sebuah kenderaan yang boleh dinaikinya dan ianya dipandu oleh seorang lelaki separuh usia berbangsa Cina.
Saat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar pada 14 Mei 1970, dipandu oleh seorang tua Cina yang terdesak perlukan duit untuk ubati ibunya, dinaiki pula oleh seorang pemuda pemimpin nasionalis melayu yang dipaksa pulang ke kampung. Apakah yang bakal berlaku sepanjang jarak lebih 350km itu?
0 Response to "Telefilem PT 6210"
Catat Ulasan